Dato Hj Noh bin Omar mengulas mengenai kesungguhan DAP menarik lebih ramai ahli Melayu. Dari www.kitagempur.com.
Ulasan Ikrar Pemuda:
Orang Melayu seharusnya memikirkan apa yang telah diperkatakan oleh Dato Hj Noh Omar ini. Kekuasaan orang Melayu seharusnya diletak pada orang Melayu yang jati dirinya tebal, pegangan agamanya tinggi. Lihatlah apa yang telah terjadi di negeri Perak, ketika Nizar menjadi MB, Nizar ibarat boneka yang dikawal gerak geri dan segala tindakan oleh DAP. Orang Melayu seharusnya melihat sesuatu perkara bukan dari segi luaran, tetapi di sebalik apa yang ditonjolkan. Orang yang berserban tebal, berjubah putih tidak pasti lagi bila mati nanti masyuk syurga. Begitu juga dengan Parti DAP, walaupun parti itu bukanlah berasaskan kaum dari segi perlembagaan, tetapi perlaksanaan dasar parti itu menjurus kepada satu kaum sahaja iaitu kaum Cina. Meramaikan keahlian Melayu di dalam DAP ibarat melahirkan ramai lagi Melayu seperti Nizar.
**layari blog Dato' Haji Noh Omar di Hati Malaya
No comments:
Post a Comment