Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, September 29, 2009

Selangor: Lembu lagi...


photo credit to The Star

Tan Sri Khalid nampaknya tak boleh lari dari macam2 masalah terutamanya dengan lembu. Semalam, lebih 75 buah lori yg penuh dengan lembu dan kambing telah dibawa ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah oleh ahli-ahli Persatuan Penternak Ruminan negeri Selangor, yang tidak berpuasa hati dengan kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid. Mereka tidak berpuas hati apabila tiada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri apabila 2 ahli persatuan mereka ditimpa musibah yang melibatkan kematian lebih 300 ekor lembu dan kambing akibat tanah runtuh di Ulu Yam tempohari.

Apa yang mereka kesalkan tiada pon lawatan dari Exco Pemodenan Pertanian Selangor iaitu Yaakob Sapari atau pun wakilnya sehingga ke hari semalam. Inikah dia yang dikatakan Negeri Berkebajikan?? Pengerusi persatuan tersebut Samad Kassim telah pun menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar dan telah pon berbincang dengan Yaakob Sapari. Samad menyatakan hasil dari perbincangan itu ialah kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan berupa makanan, air bersih dan jentera untuk membersihkan ladang tersebut. Samad juga menyatakan bahawa dia dan persatuannya akan mengadakan satu sidang akhbar jika bantuan yang dijanjikan tidak diberikan.

Kerajaan Selangor sekali lagi gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka menjaga kebajikan rakyat Selangor. Dalam hal ini, mereka tidak tahu bagaimana ingin membantu penternak-penternak yang ditimpa musibah dan kesusahan. Hanya selepas penternak-penternak ini marah, barulah tindakan mereka ingin ambil. Seharusnya kerajaan negeri Selangor menjadi lebih pro aktif dan bukan tunggu rakyat yang ditimpa musibah terus merana akibat dari lembabnya tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages