Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, August 2, 2009

Ronnie Liu: Bir bukan Minuman Keras

Bukan sahaja pemimpin dari PAS yang boleh mengeluarkan "fatwa", Ronnie Liu dari DAP juga boleh mengeluarkan "fatwa". Dalam laporan Sinar Harian pada 1 Ogos 2009, Ronnie Liu menyatakan bahawa bir bukanlah arak kerana kandungan alkohol yang kecil berbanding arak yang lain.

Bir bukan minuman keras: Ronnie


SHAH ALAM – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka dekat sini, Rabu lalu berlaku kerana salah faham.

Menurutnya, beliau dan pihak penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bermesyuarat mengenai perkara tersebut.

“Saya telah pun mengingatkan mengenai bidang kuasa mereka (penguat kuasa MBSA) yang mempunyai had tertentu.

“Sebenarnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa merampas bir tetapi hanya boleh merampas minuman keras yang dijual oleh peniaga yang tidak berlesen sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ronnie berkata, bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi.

Ronnie Liu seharusnya berbincang dengan rakan Pakatan yang lain yang berugama Islam. Menjadi tanggungjawab juga kepada wakil-wakil rakyat Pakatan yang berugama Islam untuk menasihati beliau. Tetapi apakah tindakan wakil-wakil rakyat PAS yang sering melaung-laungkan slogan membangun bersama Islam??Dahulu ada pemimpin PAS berkata yang mereka telah berjaya berdakwah rakan DAP apabila mereka sudah pandai bertakbir, ada juga rakan-rakan DAP mereka sudah pandai memetik ayat al-Quran dalam ucapan. Adakah sekarang dakwah kepada Ronnie Liu tidak sampai??Dimanakah wakil-wakil rakyat PAS di Selangor seperti Hassan Ali dan Khalid Samad?? Khalid Samad "berdakwah" sampaikan menurut AIDC membuat ceramah di dalam gereja.



Bagaimana dengan pertumbuhan rumah-rumah urut di Selangor seperti yang dilaporkan oleh The Star??Itu belum lagi masuk bab Tan Sri Khalid mahu guna duit zakat untuk pentadbiran Selangor. Sampai sekarang tiada pun kenyataan dari wakil rakyat PAS mengenai hal ini. Mungkin inilah negara berkebajikan dicita-citakan oleh Pakatan Rakyat terutama pemimpin PAS.


Renung-renungkanlah...

Al Maidah: 57

'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan- dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.'


1 comment:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages