Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, August 2, 2009

Nasib Melayu di Tanah Air Sendiri

Sekali lagi orang-orang Melayu diperbodohkan apabila diperkudakan dalam gabungan menentang ISA atau GIM. Mereka telah berhimpun kononnya untuk menyampaikan nota atau memorandum supaya dimansuhkan ISA kepada Yang di Pertuan Agong. Tindakan bijak pihak Polis telah menahan beratus-ratus penunjuk perasaan. Lihatlah gambar-gambar ini...





Kebanyakannya berbaris, berasak, berhimpun majoritinya adalah orang Melayu...

Cuba lihat perbarisan yang ini pula..


Kebanyakannya orang yang berbaris dan beratur di dalam gambar diatas adalah kaum bukan Melayu yang ingin membeli Amanah Saham 1Malaysia..Apalah nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri. Kami di Ikrar Pemuda menyeru semua belia-belia Melayu agar sentiasa bertindak bijak dan jangan emosional. Kalau bukan kita yang harus mempertahankan bangsa Melayu kita siapa lagi. Jangan terhantuk baru terngadah. Lihatlah apa yang berlaku pada penduduk-penduduk di Palestin, Bosnia sebagai contoh. Fikir-fikirkanlah..



Berkenaan dengan perhimpunan ini, ada yang menyatakannya gagal kerana tidak mencapai matlamat. Ada juga teori mengatakan ramai yang menyertai adalah dari sebuah institusi pengajian tinggi di bawah kendalian negeri Selangor dan mereka dibayar RM100-RM150 seorang. Jika benar adakah berbaloi dibayar sedemikian rupa kemudian terpaksa ditahan oleh polis, dimasukkan ke lori polis, dimasukkan ke dalam lokap. Atau sepatutnya mereka yang telah dapat duit, balik je rumah, sepertimana "fatwa" Tuan Guru Nik Aziz di mana jika BN beri duit ambil tapi pangkahlah PAS. Apa pon, ternyata, perhimpunan GMI ini sememangnya gagal!!

**gambar di ambil dari utusan dan the star

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages