
Dalam masa beberapa hari, ramai orang yang menganggap mereka jaguh dalam agama Islam termasuk juga dari yang bukan Islam. Tetapi kalau dilihat, sebenarnya mereka ini hanya menggunakan agama Islam untuk mencapai kemahuan sendiri ataupon didorong oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Setelah kita dapat melihat
Ronnie Liu mengatakan bahawa Bir bukanlah minuman keras, semalam,
malaysiakini melaporkan bahawa Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mengatakan bahawa mereka yang berdemonstrasi tempohari bakal mendapat imbuhan pahala dari Allah.
kemaskini 5.18pm Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengakui peserta demontrasi membantah akta kontroversi itu Sabtu lalu mendapat "imbuhan". "Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah pahala daripada Allah. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan. "Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepadaMalaysiakini. |
Kenapa senang sekali mereka ini memberi satu semacam fatwa?? Dan lebih teruk lagi ada umat Islam yang sanggup menerima kenyataan dan dianggap satu amalan?? Kita semua tahu yang perhimpunan ini didalangi oleh oleh Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Adakah Syed Ibrahim terfikir mengenai kesusahan rakyat yang terperangkap di dalam kekecohan perhimpunan tersebut?Ramai yang terperangkap di dalam traffic jam berjam-jam. Ramai orang juga terpaksa mengalih destinasi dari mahu ke Kuala Lumpur ke tempat-tempat lain di sekitar KL??Berapa ramai peniaga yang rugi??Berapa banyak pulak kerugian??Diharap agar saudara Syed Ibrahim dapat menjawab hal-hal ini.
kita memang suka buat andaian...
ReplyDelete1. tiada fatwa dibuat (salahkah apa yg diperkatakannya?)
2. syed ibrahim bukanlah org PAS/PKR
3. adakah kesengsaraan mereka yg ditahan ISA diambil kira? adil ke klau nk bandingkn dgn org yg trkandas di trafik?