Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, August 6, 2009

Nilai PAS di mata Pakatan Rakyat

Tan Sri Khalid "meluangkan"masa di Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan Anwar tempohari

Setelah "melindungi" exco Elizabeth Wong yang terlibat dalam skandal gambar bogelnya dan juga hubungan bersama seorang jejaka Melayu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid sekali lagi melindungi rakan pakatan yang dikatakan terlibat dalam aktiviti gangster di Selangor, selepas menghalang rampasan minuman keras di Shah Alam dan menyatakan bahawa minuman bir bukanlah minuman keras. Perbuatan dan kenyataan yang ternyata mengguris hati umat Islam di Selangor dan Malaysia amnya telah menyebabkan ada antara mahu mereka meminta maaf dan supaya Ronnie digantikan.

Namun, walaupon ada kenyataan dibuat oleh Dato Hassan Ali dari PAS yang juga Exco Agama Islam di Selangor meminta Ronnie Liu ditukar dan menguatkuasakan larangan minuman keras di Shah Alam, namun ia ditolak mentah-mentah oleh Tan Sri Khalid. Tan Sri Khalid yang sememangnya beragama Islam bertindak melindungi Ronnie Liu, dan baginya larangan minuman keras hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat hari ini seperti yang dilaporkan oleh mstar.com.my...

MB Selangor tolak desakan Ronnie diganti, selesai isu arak Jumaat

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikan isu penjualan minuman keras - sehingga menyebabkan PAS mendesak Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu digugurkan, Jumaat ini.

Dalam tempoh tersebut semua exco kerajaan negeri tidak dibenarkan bercakap atau membuat komen tentang perkara tersebut.

Malah, Khalid juga menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan dengan orang lain bagi memegang portfolio tersebut.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini.

"Langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan yang boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat di Selangor," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan petang ini.

Menurut Khalid, kerajaan negeri telah mengadakan dialog umum dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan, persatuan dan sektor perniagaan berhubung dengan isu ini.

"Dengan ini kami yakin akan dapat mencapai satu penyelesaian yang munasabah bagi semua kaum di Selangor," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai desakan PAS Selangor supaya exco kerajaan negeri, Ronnie Liu meletakkan jawatannya, Khaled bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Dia (Ronnie) bukan isu dalam menyelesaikan masalah ini (masalah penjualan arak di Selangor)," katanya.

Khaled yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menolak tindakan PAS Selangor itu.

"Oleh sebab itu, mulai hari ini tiada komen yang boleh dibuat supaya memberi masa kepada usaha untuk menyelesaikan isu penjualan minuman keras.

"Saya sendiri akan menyelesaikan masalah ini (masalah penjualan arak di Selangor).

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut Khaled berkata: "Saya akan mencari mekanisma terbaik dan adil untuk kepuasan semua pihak dan keputusan ini telah dipersetujui oleh semua parti".

Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan

ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," kata Hasan lagi.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor mencdangkan proses penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) terhadap mana-mana Excö atau kakitangannya perlu diiringi oleh seorang penasihat undang-undang.

Khaled berkata, langkah itu bagi memastikan proses siasatan SPRM adalah telus.

"Kita (kerajaan negeri) akan menyediakan bilik untuk mereka (SPRM) adakan proses soal siasat. Kita tidak akan menghalang mereka (SPRM) datang tetapi mereka mesti menghormati syarat yang ditetapkan," katanya.


Apalah nasib umat Islam di sini. Kita semua tahu yang penduduk Shah Alam majoriti Melayu, kenapa susah sangat nak larang minuman keras?? Sepatutnya juak-juak PAS harus membuat satu demonstrasi supaya menuntut Ronnie meletakkan jawatan atau meminta maaf di atas kenyataannya mengatakan bir bukan minuman keras. Hingga sekarang tiada apa-apa pernyatan dibuat Ronnie Liu berhubung kenyataannya itu.

Tetapi, inilah dia wajah PAS yang dikatakan pejuang agama Islam kununnya dan wajah Pakatan Rakyat yang sebenar. Kami di Ikrar Pemuda menyeru agar semua umat Islam di bumi Selangor dan Malaysia ini dapat menilai tindak tanduk mereka yang seperti tidak memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini.

1 comment:

  1. Kenceng je kuat..buat kerja lembab...asyik menggigil le.Pastu Tan Sri plak kuat ponteng kerja..sampai Yaakop Sapari pun tau..MB asyik nk pergi mahkamah je sokong anwa.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages