Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, August 7, 2009

Pakatan Rakyat Permainkan Rakyat???Hassan Ali Terkedu?

Dalam Utusan hari ini melaporkan bahawa pemuda PAS Selangor melalui ketua penerangannya Roslan Shahir akan membuat demo besar-besaran di seluruh Selangor mendesak agar Ronnie Liu dipecat dari jawatan Exco berhubung isu arak dan maksiat di negeri ini.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, kempen itu akan melibatkan program penerangan, pengedaran risalah serta menaikkan beberapa kain rentang di seluruh negeri termasuk di masjid.

''Kita (Pas) akan mulakan kempen membantah dan mahu Ronnie Liu digugurkan daripada portfolio berkenaan kerana beliau secara terang-terangan mencampuri serta mengganggu tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.''Malah, tindakan beliau sebelum ini juga banyak mengguris perasaan umat Islam terutamanya di negeri ini.

Manakala dalam harakahdaily hari ini pula melaporkan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor menafikan PAS Selangor akan membuat apa-apa demo. Sebaliknya menyalahkan UMNO atas penjualan arak di negara ini.

Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut."Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat."Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya.Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

"Saya cabar Umno dan Pemuda Umno jika benar-benar ikhlas untuk mengharamkan penjualan arak secara terbuka, mereka mesti melaksanakan terlebih dahulu di negeri-negeri yang mereka perintah dan di Persekutuan," tegasnya. - mns_

Inilah dia Ketuanan Rakyat yang mereka diperjuangkan. Walaupon PAS dikatakan membantah tidakan-tindakan Ronnie Liu dan mahukan Ronnie Liu dipecat dari jawatan Exco, namun ada juga pihak didalam PAS hanya membiarkan sahaja isu kenyataan Ronnie Liu ini dan terus menyalahkan orang lain. Nasib umat Islam terutamanya Selangor bukanlah jadi agenda perjuangan mereka terutamanya PAS. Mana yang menyenangkan pihak mereka, tak kira yang haram tetap mereka pertahankan.

PAS di Selangor bukan sahaja ada yang hilang arah, sanggup menyokong Ronnie Liu malah mereka bagai dibuli apabila saudara lain mak lain bapak mereka DAP menggesa agar Pesuruhjaya PAS Dato Hassan Ali diambil tindakan disiplin pula. Kesian kan?? Dilaporkan oleh mstar.com.my...

PETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP memiliki hubungan yang baik dengan PAS di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.

Pua berkata, DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.

Dato Hassan Ali pula kemudian langsung senyap sunyi sepi apabila ditanya apakah jawapan balas bagi kenyataan yang dibuat oleh DAP..Aduhai, takkan baru digertak oleh DAP Hassan Ali sudah takot?Dulu terjerit-jerit terlompat-lompat kat Stadium Melawati berucap dengan angkuhnya selepas menang dalam PRU12 sambil mencerca Barisan Nasional.



Tapi lihat lah laporan mstar lagi..

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Hasan mengambil pendekatan berdiam diri walaupun diasak pemberita dengan soalan tentang desakannya supaya Liu digugurkan dari senarai Exco tidak dilayan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sedangkan PAS tidak boleh diharap, apa tah lagi nak diharap pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim seorang Melayu, Islam, juga langsung tidak memberi sebarang komen atau kritikan terhadap Ronnie Liu berhubung isu arak ini.Beginilah nasib umat Islam di negeri Selangor...dipermain-main oleh mereka Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat harus ditukar nama kepada Permainkan Rakyat terutamanya kepada umat Islam...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages