1. Kezaliman dan pertumpahan darah adalah dilarang di dalam islam
2. Pemerintah muslim yang mendapat kuasa melalui apa jua cara sekalipun adalah sah menurut islam. Lihat ulasan panjang Ibnu Hajar Al Asqalaani (wafat 852h) yang mengulas shahih alimam albukhari: telah berijmak ulama-ulama fiqh bahawa wajib mentaati imam yang merampas kuasa imam sebelumnya.dan ketaatan itu disebabkan oleh usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah.
3. Jadi,kita sepakat tak setuju tindakan tentera menumpahkan darah. Mana mungkin individu bernama muslim menerima kejadian kejam seperti itu. Oleh itu,para ulama ahlussunnah yang konsisten antaranya mufti madinah syeikh soleh alsuhaimi; setelah beliau mengkritik tindakan kejam kudeta,beliau menyarankan supaya rakyat mesir pulang ke rumah ikut perintah darurat demi mengurangkan pertumpahan darah.
4. Hadis Nabi S.A.W "bila berlakunya fitnah...patahkan busur-busur panah kalian,pukullah pedang-pedang kalian di batu,lazimilah rumah-rumah kalian.." (Riwayat ahmad)
5. Maka pesan Nabi S.A.W sangatlah jelas. Baginda bencikan fitnah dan pertumpahan darah kerana itu muslim yang jiwanya bersih pasti membenci hal yang berlaku.
6. Namun, oleh kerana belum ada kekuatan, tindakan yang dilakukan hendaklah rasional. Firman Allah: "hendaklah kamu persiapkan senjata-senjata dan kenderaan perang kamu sedaya mampumu dgn itu kamu akan menakutkan musuh-musuh allah dan musuh-musuh kamu".
7. Maka,apa kekuatan rakyat mesir?batu?demo?astaghfirullah.
8. Nabi Muhammad S.A.W membina kekuatan dengan berhijrah.
9. Sebelum berhijrah,berapa ramai sahabat Nabi S.A.W dibunuh kerana memeluk islam. Sumayyah dan ahli keluarganya. Bilal diseksa. Ibnu al-art diseksa..namun apa tindakan Nabi S.A.W ????? Demo? Bakar semangat supaya semua turun dijalanan? Berperang dengan arab jahiliyyah yang kuat ketika itu???? Jawapannya tidak! Nabi S.A.W himpun kekuatan dengan berhijrah.
10. Manakala keadaan rakyat mesir pada hari ini,sudah tentu mereka tidak mampu berhijrah. Namun apa yang boleh mereka lakukan adalah pulang terlebih dahulu ke rumah dan elakkan pertumpahan darah. Jika kudeta ini datang ke rumah dan cuba mengambil hak-hak mereka,maka pertahankanlah hak-hak tersebut walaupun nyawa tergadai. Tapi,sudah tentu pertumpahan darah pasti berkurang.
11. Sabda Nabi S.A.W : "sesungguhnya darah umat islam haram ditumpahkan..."
Sebenarnya Ikhwanul Muslimin yang telah mengambil kesempatan dari fenomena 'Arab Spring' yang bermula di Tunisia, untuk mengapi-apikan rakyat Mesir supaya menjatuhkan Presiden Mubaarak. Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Presiden Mubaarak telah telah meletak jawatan, untuk memberi laluan kepada Angkatan Tentera Mesir mengambil alih kuasa, dan mengadakan Pilihanraya Presiden.
ReplyDeleteBagi Ikhwanul Muslimin, pilihanraya Presiden pertama selepas kejatuhan Husni Mubaarak adalah sah atau 'legitimate'.
Apabila tiba pula giliran rakyat memberontak dan berdemonstrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi dari Ikhwanul Muslimin, sehingga membawa pertumpahan darah antara penyokong dan penentang Mursi, Angkatan Tentera Mesir sekali lagi bertindak mengambil alih kuasa, dan menubuhkan Kerajaan Sementara, bagi mengadakan pilihanraya sekali lagi.
Agak menghairankan aku, kenapa Ikhwanul Muslimin mengiktiraf kepimpinan tentera selepas kejatuhan Mubaarak....tetapi menganggap kepimpinan tentera yang menjatuhkannya sebagai 'illegitimate'.
Lepas aku kaji-kaji, aku lihat perangai Ikhwanul Muslimin ni tak jauh bezanya dengan penyokong-penyokong PAS dan PKR yang mengadakan Perhimpunan Bersih....dan bila berlaku sedikit 'pertempuran' dengan polis, mula le tuduh polis zalim dan sebagainya.
Dulu aku hormat dan kagum juga dengan Ikhwanul Muslimin, tetapi sekarang tidak lagi.
saya sangat bersetuju dengan ulasan anda
DeleteYg duduk lebih baik dr yg berdiri.
ReplyDeleteSebenarnya, Ikhwanul Muslimin, (Muslim Brotherhood), parti Dr. Morsi ini dulunya adalah sekutu kuat si Barat, demi mendapat kuasa memerintah. Macam Anwar, adalah pengikut Ikhwan ini; sebab itu dia amat pro-Barat. Tetapi apabila Morsi sudah berkuasa dan makin kuat menghentam Israel dan berbaik pula dengan Iran, dia pun digulingkan oleh dalang-dalang Barat-Israel.
ReplyDeleteDan sebelum itu, oleh kerana Hosni Mubarak enggan membenarkan pengkalan tentera US-NATO-Zionis di Mesir, apalagi sasaran mereka mengawal Teluk Suez yang amat penting, terutamanya untuk menjaga kepentingan Israel, maka Mobarak digulingkan sebelum itu.
Begitu juga, Allahyarham Kolonel Gaddafi, amat Nasionalis dan menjadi penaja kuat African Union yang berdikari dari Barat-Zionis, sampai dibunuh dengan kejam macam anjing, oleh ejen CIA-MI6-Mossad-NATO yang menyamar jadi pemberontak Islam -juga untuk merampas minyak-gas Libya yang terbesar di Afrika.
Dan k’jaan Syria dan Iran, dan tentera Hezbollah walaupun diketuai pengikut Shiah, juga mahu digulingkan US-NATO-Israel ini, kerana mereka juga Nasionalis, amat anti Barat-Israel, dan penuh minyak-gas, termasuk Syria Golan Heights yang telah 2/3 dijajah Israel.
Maka pengajaran di sini ialah, Barat-Israel akan mempergunakan negara/umat Islam, dalam apa carapun, yang manis talam dua muka mahupun yang ganas, untuk menjatuhkan Islam, serta memecahbelahan pemimipin/umat Islam dan menjajah negara Islam yang kaya minyak-gas. Kawan akan jadi lawan dengan mudah sekali bila tak patuh arahan si Barat-Israel ini, termasuk cium kaki kudis mereka, macam hamba abdi!
Memang DAJAL si Barat-Israel ini - sebab itu jgn. lansung kita TUNDUK lagi kpd. undang-undang 'universal' (termasuk yg. UN) yg. sebenarnya berasaskan "demokrasi/hak asasi" Barat-Zionis SAMPAH, salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya!
Sedangkan, rejim-rejim Barat-Israellah pula yang membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013.
(lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban)!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.