Agak melucukan apabila seorang pemimpin yang mengepalai gerombolan penyangak yang inginkan takhta Putrajaya amat senang dipermain-mainkan oleh seorang blogger.
Bayangkanlah kalau Anwar ini digertak atau dipermainkan oleh pemimpin luar negara, mau terkencing-kencing sampai buasir Anwar dibuatnya.
Macamana kami tak kata begitu, cuba kita lihat bagaimana Papa Gomo begitu mudah mempermain-mainkan Anwar di atas ugutan Anwar untuk menyaman Papa Gomo.
Baca ayat di bawah ini:
" Akhir sekali saya nak menyatakan bahawa saya memohon Maaf kepada Dato Sri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Dato Sri agar rakyat mengetahui kebenarannya. Rakyat tidak mahu pemimpin jijik sepertimana manusia bernama Anwar Bin Ibrahim.
Jadi dengan ini 48 jam tempoh diberikan untuk Dato Sri Anwar Ibrahim menarik balik saman dan membuat permohonan Maaf kepada saya. Jika tidak maka Bala yang dah mati tu akan menimpa Dato Sri Anwar selepas 48 jam bermula dari jam 4 petang ini.
Psssttt... Lawan tetap Lawan.... U Ulang Lagi I saman U...hua Hua hua "
Begitu lah Anwar...dia terpaksa berhadapan dengan isu yang dia timbulkan sendiri...rakyat sudah lama bermusuh dengan petualang bernama Anwar ini. Cuma sebilangan rakyat yang belum sedar akibat dikaburi dengan kebencian yang disemai oleh Anwar, termasuk parti yang mengaku memperjuangkan Islam.
Ketika Anwar mengatakan ini semua fitnah, apa bukti dia ini semua fitnah?
Ini semua adalah angkara Anwar itu sendiri, bukan orang lain. Moralnya yang terlalu rendah mengakibatkan pendedahan seperti ini harus dilakukan.
Siapa nak Perdana Menteri Bisexual? Anda mahu ke?
No comments:
Post a Comment