Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, February 1, 2013

PRESIDEN PARTI HINA AHLI BIASA?




Kadang-kadang kesian jugak tengok ahli-ahli PAS ni. Angkat seorang yang dikatakan Presiden pon tak reti nak buat statement bertaraf Presiden. Pada masa yang sama ada hati nak RENDAHKAN TARAF AHLI BIASA parti tersebut. Baca statement Hj Hadi bawah ni dalam isu pemecatan Ustaz Nasha sebagai ahli Majlis Syura.



Pertama, adakah hina menjadi ahli biasa PAS? Jika UMNO nak minta bantuan PAS sekalipun, kenapa Hj Hadi cakap "ahli biasa". Kenapa dia tak cakap ahli PAS? Ada masalah ke dengan berjawatan hanya ahli biasa? Sedangkan ahli biasa ni lah yang telah berpuluh-puluh tahun pergi ke ceramah-ceramah maki hamun PAS, sambil menderma, mengharapkan jalan yang mereka pilih serta undi yang mereka beri kepada PAS mendapat keredhaan Allah. Mereka takut salah sokong parti alamat tak dapek masuk syurga sepertimana yang pernah diutarakan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Kedua. Pemergian Ustaz Nasha bersama PM atas jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan al-Quds iaitu sebuah yayasan kebajikan yang membantu rakyat Palestin. Adakah sesuatu yang SALAH jika Ustaz Nasha pergi membantu umat Islam yang ditindas Israel?? Apa yang politiknya sangat? Adakah Ustaz Nasha kondem Parti PAS secara terbuka? Yang ditentangnya hanyalah penggunaan kalimah Allah oleh puak kafirun yang dipersetujui oleh Presiden PAS sendiri hasil telunjuk Anwar Ibrahim. Dan yang paling jelas sekali ialah Ustaz Nasha memang sentiasa melawan Anwar. Ustaz Nasha juga pernah meminta anak Anwar iaitu Nurul Izzah bertaubat akibat dari kenyataannya yang menyamakan agama Islam dengan agama lain. Jadi apa yang Ustaz Nasha buat untuk "BANTU UMNO"? Yang lebihnya ialah Ustaz Nasha MENENTANG ANWAR! Tapi dek kerana cengkaman Anwar kuat dalam PAS, maka Hj Hadi terpaksa tunduk, dan bagi beliau, Ustaz Nasha hanyalah seorang ahli PAS biasa yang tidak berjawatan, yang hina dina apabila geng dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages