Dalam laporan Sinar Harian, PAS kata kenyataan Majlis Syura dan kenyataan Haji Hadi SELARI..
[sumber]
Cuba baca dua kenyataan di bawah ini..
Yang ini:
"Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran."
[sumber]
Dan yang ini:
"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah."
Jadi??
Hadi kata "boleh guna walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran"..
Manakala Majlis Syura kata "tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar"
HABIS MANA YANG SELARINYA?
No comments:
Post a Comment