Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, January 14, 2013

MENANG SORAK, KALIMAH ALLAH TERGADAI



Pasca Himpunan kebangkitan Rakyat menyaksikan ramai penyokong-penyokong Pakatan berpuas hati dengan program tersebut terutamanya dari segi kehadiran. Di pihak UMNO pula ia melihatkan kegagalan Pakatan dalam mengumpulkan sejuta orang seperti mana yang telah dinyatakan Pengarah Program iaitu Mat Sabu.

Maka seboleh-boleh juak-juak Pakatan terpaksa bersilat untuk cover balik target SEJUTA kehadiran penyokong yang gagal dikumpul..so mereka TONE DOWN jumlah dengan 700 ratus ribu..


Jadilah asalkan ada RATUS RIBU!!!..Stadium Merdeka yang dah di DOWN GRADE kapasitinya kumpul RATUSAN RIBU?? Biar betik!!

Apa pon alasannya..juak-juak Pakatan tetap BERGEMBIRA dengan program tersebut..Biarlah mereka bergembira..biar mereka syok..

Sampaikan ada yang mencabar supaya BN pulak buat himpunan sama atas tujuan..NAK TUNJUK KEKUATAN..

Adoiii....kadang-kadang..nak kata bingai..dah dihantor mak bapak ke Sekolah..

Adakah dengan berhimpun sebegini BOLEH SELESAI MASALAH RAKYAT?
Adakah dengan kehadiran beratus ribu mahupun sejuta orang sekalipun BOLEH SELESAI MASALAH RAKYAT?

Masalahnya bukan sekali..tapi dah banyak kali Pakatan buat..

Mereka saja je nak tunjuk yang mereka masih ramai penyokong..lebih-lebih lagi nak dekat pilihanraya ni..itu sahaja..

Namun, beberapa persoalan harus dijawab..

Dan soalan yang paling bagus ialah..

JIKA BN MENYAHUT CABARAN DAN BERJAYA MENGUMPULKAN LEBIH SEJUTA PENYOKONG DALAM SATU-SATU PERHIMPUNAN AKAN DAPATKAH JUAK-JUAK PAKATAN MENERIMANYA?

Dan UMNO dah buktikan perhimpunan parti tersebut di Stadium Bukit Jalil dihadiri hampir 100 ribu orang..adakah mereka terima?
Sudah pasti mereka akan putar sana..putar sini...

Dan last-last...apa yang dapat? Selesai ke masalah rakyat?? Harammm..

Ini namanya MENANG SORAK..KAMPUNG TERGADAI..BAHKAN KALIMAH ALLAH PON DAH TERGADAI...

Jadi..Kalau berpolitik ikut cara Pakatan Haram..memang komfem Negara ini hancur.. Mereka bukanlah pejuang sebenar rakyat..Rakyat hanya digunakan untuk menunjukkan kekuasaan mereka..

Mereka kata mereka lebih bagus dari BN memerintah di Selangor...

Kenapa banyak masalah di Selangor? Rumah kos rendah tarak..PBT naikkan cukai...Institusi Pendidikan Tinggi milik negeri hancur...Maksiat, pelacuran berleluasa...Dan macam-macam lagi..

Walhal Kerajaan PKR di Selangor seolah-olah masuk rumah yang dah siap dibina hanya cuci kaki dan tangan saje...semua dah siap..tinggal guna je..tapi masih lagi bermasalah? Malah lebih teruk?

Dan adakah dengan asyik berhimpun untuk Anwar, Samsidar, Azmin, Haji Hadi dan Lim Kit Siang masalah sebegini boleh selesai?

Dan pada masa yang sama juga, PAS tak kesah kalimah Allah digunakan orang kafir..masih lagi nak sokong?

Tepuk dada tanya iman..

Mereka seronok dengan Himpunan ini?? Biarkan.... :)



No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages