Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, January 9, 2013

LEPAS ALLAH APA PULA?


Sedih apabila melihat seorang yang dikatakan ulama bahkan ketua ataupun Presiden kepada sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam, membuat kenyataan bahawa kalimah Allah boleh dipakai orang kafir.

Hanya beberapa minggu selepas Lim Guan Eng menuturkan ucapannya Hari Krismasnya dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Haji Hadi dengan begitu mudah bersetuju. 

Sedangkan sebelum ini Dewan Ulama PAS Pusat termasuk tokoh-tokoh agama dalam PAS seperti Dato' Harun Din dan Dato' Taib Azamuddin bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah dari dipergunakan oleh bukan Islam walaupun mereka terpaksa melangkau batas politik PAS dan UMNO.

Namun akibat dari ketamakan kuasa dunia dan jawatan politik, Haji Hadi akur kepada Bapa Pluralisme Malaysia iaitu Anwar Ibrahim. Seperti dipegang telurnya, Haji Hadi membuat kenyataan Islam tidak pernah melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimana dengan hujah Taib Azamuddin di Parlimen? Bagaimana penerangan Harun Din di dalam tvPAS sendiri?

Saudara-saudari boleh nilai-nilaikanlah tindakan Haji Hadi yang mudah tunduk kepada desakan DAP dan Anwar dalam melemahkan umat Islam di Malaysia. Dewan Ulama sendiri dia tinggalkan lantas terus menafsir ikut kepala hotaknya sendiri berkiblatkan Anwar dan Guan Eng..

Persoalannya, selepas PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh orang kafir, APA PULA LEPAS INI?
Adakah mereka akan berhenti setakat itu sahaja? 



Persoalan lagi satu ialah..Adakah benar ayat al-Quran dari surah Ali Imran ayat 64 membenarkan puak kafir guna kalimah Allah walau tak mencapai maksud kalimah Allah berlandaskan al-Quran?

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

Bahagian mana menyatakan kafir boleh guna kalimah Allah yang tidak selaras dengan maksud dalam al-Quran?

Ini adalah satu putar belit yang nyata oleh Haji Hadi...

Mohon kepada semua saudara semuslim agar berdoa supaya mereka-mereka ini dapat balasan yang setimpal dari Allah SWT.


6 comments:

  1. lepas ni Alhamdulillah Allahuakbar Subhanallah semua orang boleh guna dalam gereja.

    ReplyDelete
  2. Adakah selepas ini LGE akan minta tukar rukun negara daripada Kepercayaan Kepada Tuhan jadi Kepercayaan Kepada Allah?

    ReplyDelete
  3. Kalau mengikut kenyataan Ustaz Harun Din... Hj Hadi telah kafir (Bukan saya kata tapi Timbalan Mursyidul Am PAS yang kata) kerana telah membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.... Jika Presiden PAS kafir adakah PAS masih releven sebagai parti pejuang Islam....renung-renungkan lah wahai pengikut-pengikut PAS

    ReplyDelete
  4. lepas ini..mudah lah penganut kristian ini membatiskan malaysia dan orang melayu..itu yang izah cakap "melayu tidak semestinya islam"..pakatan ingin lebih orang islam dalam pakatan ingin menyokong isu murtad dan membatiskan orang melayu...mmg nampak agenda die...pakatan ingin malaysia bukan neraga islam, ingin jadi seperti singapura,

    lihat dalam al-quran, ayat al-imran (64) mengajak ahli kitab bertauhidkan allah dan bersaksi nabi muhammad sebagai rasul allah..itu yang dimaksudkan

    tetapi ahli kitab ini mampu meninggalkan injil yang telah diubah suai lari dari pada injil asal..banyak penyelewengan yang belaku dalam injil dan taurat.

    bila hal ini sudah longgar puak syiah pula akan bangkit dan menyebarkan kefahaman syiah yang mengarut lari dari akidah islam yang sebenrya..

    ReplyDelete
  5. Presiden PAS : Liberalism & Pluralism
    Timbalan Presiden PAS : SYiah
    Mursyidul Am : Khawarij

    Cuma berharap dengan Timb Mursyidul Am untuk mengubah PAS

    ReplyDelete
  6. Ikut Haron Din, siapa yang sokong kalimah Allah diguna orang kafir, maka kufur lah orang itu...kalau siapa sokong PAS yang kepalanya sokong kafir boleh guna kalimah Allah macamana tu?

    Dulu PAS kafirkan UMNO..sekarang adakah benda yang dia tuduh terpalit ke muka mereka?

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages