Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, December 24, 2012

PEMIMPIN PAS AKAN LAWAN HJ HADI?



Siapa pemimpin PAS yang akan menentang presidennya, Hj Hadi?


Sebelum itu jom kita baca-baca kat bawah ni.

Ini merupakan amanat Hj Hadi:


"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

Hj Hadi kata pada waktu itu DIA AKAN MENENTANG SESIAPA YANG KEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH. Dan Hj Hadi refer pada perlembagaan negara Malaysia lah..takkan perlembagaan negara Uganda kot.


Tapi setelah PAS dan Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi dan menawan beberapa negeri pada 2008, PAS sokong buku Jingga. Dalam Buku Jingga tertulis:



Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Sekarang Hj Hadi sebagai Presiden PAS, menyokong penuh Buku Jingga yang menyokong untuk MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN YANG DULUNYA DITUDUH SEBAGAI PERLEMBAGAAN PENJAJAH DAN AKAN DITENTANGNYA..

Jadi kini adakah Hj Hadi dikira sebagai MENENTANG DIRINYA SENDIRI? Dia sendiri buat statement menentang, tapi last-last dia sokong plak...bingung betul lah presiden ni..

Itu pon ada gak yang menyokong parti sebegini yang halatuju dan asas pemikiran pemimpinya berkecamuk dan huru-hara..harap pada jubah dan serban untuk mengaburi mata rakyat je..puiii!



2 comments:

  1. kesimpulan nya..
    hj hadi tak boleh dipercayai lagi.
    ada dia kisah amanat dia dulu.?hanya orang2 yang bodoh saja yang ikut amanat dia.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages