Di Selangor, begitu ramai anak Kelantan berkelana mencari rezeki. Peluang pekerjaan dan ekonomi yang kurang di negeri sendiri mengakibatkan mereka berhijrah. Betul ke tiada peluang?
Macamana nak ada peluang di negeri sendiri kalau peluang tersebut diberi kepada orang dari negara lain yang ada talian politik?
Itulah yang terjadi dalam isu pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada syarikat yang dikuasai pemimpin DAP dari Perak.
Presiden Persatuan Anak-anak Kelantan (PAKATAN), Datuk Dr Noordin Abdul Razak dalam laporan Berita Harian hari ini ada menyebut, "...tanah balak itu sepatutnya digunakan untuk manfaat lebih sejuta penduduk negeri berkenaan, terutama penduduk miskin.
...anak Kelantan yang bekerja keras di perantauan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri itu dengan membawa balik rezeki ke kampung halaman mereka.
“Janganlah segala perkara dilakukan hanya berkaitan dengan kepentingan kepartian, sebaliknya nasib rakyatlah yang harus dibela dan diberi keutamaan,” katanya kepada Berita Harian.
sumber: Berita Harian
Anak Kelantan kena KENCING SATU BADAN dgn SI TUA NYANYUK NI....lalalalala
ReplyDelete