Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, November 16, 2012

ULAMA BOLEH CUCI DOSA?


Nampaknya Anwar begitu bijak MENGKUDAKAN Ulama dalam PAS untuk mencuci segala kesalahnnya, termasuk kesalahan anaknya Nurul Izzah. Dulu dalam isu video seks dengan China Doll, Dewan Ulama PAS LULUS USUL TOLAK VIDEO SEKS ANWAR [baca di sini]. Dengan mudah Dewan Ulama mengatkannya ia sebagai fitnah jahat, walaupun mereka pon tak dapat BUKTIKAN IANYA SUATU FITNAH.

Terbaru, kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dalam mempertahankan Nurul Izzah dan kemudian menyalahkan pula Mufti Perak Datuk Harussani Taib menunjukkan Dewan Ulama PAS digunakan sebaik-baiknya untuk cuci dosa anak Anwar, Nurul Izzah.


Ini seolah-olah mempertahankan tindakan Nurul Izzah dalam kenyataannya berkenaan kebebasan beragama untuk orang Melayu. Bukan perkara ini direka-reka, tetapi seluruh rakyat Malaysia dah tonton video berkenaan kenyataan Nurul Izzah itu dalam TV dan Internet...Tetapi pelik kenapa Dewan Ulama PAS tetap mempertahankan Nurul Izzah? Butakah Datuk Harun Taib ini? Atau adakah ianya semata-mata untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu dalam Pakatan?

Dan yang paling pelik, kata Datuk Harun Taib, itu PERKARA BIASA SAHAJA..

Kalau selepas ini ada pihak-pihak lain mula untuk memperpanjangkan kebebasan beragama untuk orang Melayu...maka Dewan Ulama PAS harus bertanggungjawab...

Walaupun PAS amalkan "PENYUCIAN DOSA" Anwar melalui Dewan Ulama PAS, itu tidak bermakna mereka akan terlepas begitu sahaja. Rakyat kini bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Sekarang bukti-bukti boleh didapati dengan jelas di internet dan media alternatif, tidak perlu keputusan Dewan Ulama PAS.

Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

  1. kuasa lagi penting dpd agama....so xda salah lah kalau jual agama demi kuasa...... itulah yang PAS buat daripada dulu....jual agama utk dpdkan kuasa dan duit.....biasalah org melayu maan boleh hidup susah sikit....anak bini pun dia blh jual yg penting dia dpd hidup senang......

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages