Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, November 11, 2012

NURUL IZZAH TOLONG UMNO?


Disebabkan keceluparan anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dalam kenyataannya tentang kebebasan beragama untuk orang Melayu, orang-orang Melayu nampaknya semakin menjauhi Pakatan. Masakan tidak, ini membabitkan akidah dan keimanan seseorang. Tidak ada mana-mana ibu bapa muslim mahukan anaknya bertukar ke agama lain atas sebab apa sekali pun.

Adakah Nurul Izzah membantu UMNO? Bukan dengan niat barangkali..tetapi ini semua adalah kerana KEANGKUHAN Anwar dan keluarganya yang kononnya UNTOUCHABLE.

Anwar dan keluarganya dah banyak buat silap. PKR pon sama, banyak jahanamkan semangat Pakatan berbanding parti-parti yang lain dalam Pakatan. Namun disebabkan Anwar itu peneraju Pakatan Rakyat, maka mereka semua tunduk bisu, termasuklah ulama-ulama PAS.

Kini anak Anwar pula buat kenyataan sedemikian yang jelas menjarakkan lagi rakyat terutamanya umat Islam dari menyokong Pakatan. SIAPA BERANI TEGUR? Harun Din pon tak berani.

Beginikah model yang rakyat harus pilih untuk memimpin negara? Anwar dan keluarga serta partinya dilihat boleh berbuat apa sahaja; berzina dengan China Doll, menyokong kebebasan beragama, memfitnah, tidak tunaikan manifesto lepas dan lain-lain...macam-macam masalah lah..takkan ini nak diangkat sebagai kepimpinan negara? 

Bak kata Rafizi dalam sidang akhbar videonya yang KUNUNNYA memaparkan kaitan anak Dato Seri Nazri Aziz dan Michael Chia...YOU DECIDE

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages