PAS nampaknya memang dah nyawa-nyawa ikan..Sokongan orang Melayu terhadap PAS jelas merosot apatah lagi dengan pengaruh Anwar dalam PAS serta lemahnya PAS dengan DAP. Jadi nak taknak mereka terpaksa jaga hati pengundi bukan Melayu terutamanya pengundi Cina. Macamana nak bagi kaum Cina betul-betul sokong PAS? Kena lah ampu DAP...
Sampaikan Exco Kelantan Husam Musa kata DAP lebih baik dari UMNO di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.
"KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.
Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA."
Husam adalah orang yang bertanggungjawab membentang Belanjawan SURPLUS Kelantan. Surplus macamana? Sebab dia masukkan duit Royalti yang mereka sedang usahakan untuk dapat di dalam Belanjawan Kelantan 2012. Duit tu tentu ke dapat? Kalau tak dapat macamana? Beginikah cara pengurusan ekonomi negeri Kelantan? Atau sebenarnya mereka nak cover keadaan kewangan Kelantan tidaklah baik sebenarnya hasil pendedahan Ketua Audit Negara?
Husam juga lupa yang macam-macam projek di Kelantan tak nampak bayang pun seperti projek Ladang Rakyat, Projek Depu, Kambing Jamnapari dan terbaru Projek Lebuhraya..yang asyik-asyik mereka bangga ialah TESCO di Kota Bharu. Nak baca macam-macam projek yang tinggal nama di Kelantan boleh baca di sini, dan di sini.
Kalau Husam kata DAP lebih baik dari UMNO, dengan bermacam-macam projek tergendala dan hutang negeri mencecah 1 billion lebih, PAS letak mana?
No comments:
Post a Comment