Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, October 22, 2012

KISAH BENAR MASALAH RAKYAT


Sindrom "bila susah cari BN" semakin menjadi-jadi di Selangor. Contohnya di kawasan Puchong, terdapat rakyat yang ada macam-macam masalah selalu mengadu kepada BN, kalau di kawasan Puchong ni contohnya banyak masalah diajukan kepada ADUN Sri Serdang iaitu Dato Satim Diman. Masalahnya, ada di antara mereka sudah berjumpa wakil Pakatan di kawasan ini dan sekitar, namun mereka tak dapat pembelaan sewajarnya. Sampaikan ada di pihak Pakatan yang mengatakan "nak bantuan pergi jumpa wakil BN" kepada rakyat. Maka terkontang-kantinglah rakyat pergi mencari wakil rakyat UMNO atau pun biro-biro pengaduan MCA, mahupun wakil MIC untuk menyelesaikan masalah mereka.

Terdapat juga perangai rakyat khususnya di kawasan Puchong dan Serdang di sini, apabila susah,  senang je jawapannya "Jumpa Satim!". Bukan tidak ikhlas menolong, tetapi kini apabila Selangor sudah diperintah Pakatan, sumber atau kemampuan bukan sahaja Dato Satim tetapi seluruh jentera-jentera UMNO serta BN di Selangor amat terhad dari segi resource dan kemampuan, dan mungkin mengambil masa yang lama untuk selesaikan. Malah, ada di antara yang menghadapi masalah dan berjumpa UMNO mahupun komponen BN adalah rakyat-rakyat yang menyokong Pakatan. Yang peliknya, jentera-jentera Pakatan di Selangor tidak mahu atau tidak tahu pula menyelesaikan masalah rakyat. Ada pejabat Khidmat rakyat Pakatan juga sampai ditutup, macamana rakyat nak jumpa? Harap pada wakil sahaja pon, mereka boleh buat apa? Ini lah realiti sebenarnya.

Ada juga di antara rakyat bermasalah ini ditanya "kenapa cari Satim?", "atau kenapa cari BN?"...."dulu you tak sokong BN..dulu you sokong Gobind?, pergi la minta tolong dengan dia".

Lalu dia menjawab " saya sudah banyak kali jumpa tapi tak dapat tolong" itu lah antara jawapan paling popular dari rakyat berhubung penyelesaian masalah rakyat khususnya di kawasan DUN Seri Serdang ini.

Ini mungkin menjadi pengajaran terbaik buat rakyat untuk mengetahui siapa JUARA RAKYAT sebenarnya.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages