f KERAJAAN TUKAR TEMA KEPADA "JANJI DIBOHONGI"? ~ Ikrar Pemuda

Thursday, July 26, 2012

KERAJAAN TUKAR TEMA KEPADA "JANJI DIBOHONGI"?


Dasar membangkang Pakatan Rakyat dah semakin teruk, sampai slogan pon nak bangkang..awat takot sangat dengan slogan "Janji ditepati" tu?


Sebenarnya mereka ter"SENTAP" dengan arti slogan tersebut...ye lah...siapa yang tak tepati janji? Mereka lah! Janji dalam PRU lepas bukan main, tapi JANJI TINGGAL JANJI je lah..cukai pintu dan cukai tanah tak turun-turun sampai sekarang..yang tak habis-habis dimainkan ialah air percuma. Itu pon sampai menyebabkan pengurusan air di Selangor jadi cacamerba.

Kalau bab nak bangkang, memang kerja mereka ni bangkang je kerja. Dulu slogan 1Malaysia pon mereka takot, sampaikan di Selangor pon tak boleh nak pakai slogan tersebut...takot sangat..


Pakatan seolah-olah dah tiada modal untuk perjuangkan nasib rakyat, yang mereka tau ialah bangkang...bangkang tu pon bukan sebab rakyat, tetapi takut kedudukan mereka tergugat.

Bayangkan, adakah rakyat rugi dengan slogan "55 Merdeka, janji ditepati"? Adakah dengan slogan tersebut duit rakyat dikutip macam mereka-mereka sapu duit rakyat ketika ceramah dan kutip duit untuk buat highway yang entah tentu siapnya?

Ketakutan Pakatan semakin terserlah...Anwar kini tiada lagi karisma dan tarikan kuat sepertimana PRU 12 dahulu. Jadi mana kekuatan mereka? Mencipa persepsi kebencian terhadap kerajaan...TERMASUK SLOGAN YANG DIGUNAKAN..mahukah kita dipimpin oleh kelompok yang tak sudah-sudah hanya MENCIPA PERSEPSI NEGATIF demi meraih undi? Mana dia perjuangan untuk rakyat?

Fikir-fikirkanlah...

1 comment:

  1. Mohon pautkan link blog kami sibuti-selamanya.blogspot.com dari Sarawak.

    Terima kasih tuan blog.

    ReplyDelete