Penghakiman undang-undang tidak harus dilihat dari sudut pandang sebelah pihak semata-mata. Hakim menjalankan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang yang diberikan kepadanya dan beliau melihat secara keseluruhan atau diistilahkan helicopter view... Jika kita mengimbau kembali sejarah, Parti UMNO pun pernah diharamkan oleh mahkamah satu ketika dahulu biarpun disaat itu UMNO adalah parti yang memerintah dimana Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia.
...
Diwaktu itu ramai yang kecewa dengan keputusan mahkamah itu kerana beranggapan perdana menteri begitu besar kuasanya sehingga mampu mempengaruhi keputusan mahkamah bagi menyelamatkan UMNO. Ternyata mereka silap. Kuasa PM hanya terhad kepada bidang eksekutif sahaja. Prinsip pemisahan kuasa diantara badan eksekutif, institusi istana dan badan kehakiman masih utuh terpelihara dan hidup subur dibumi bertuah ini.
Ikuti seterusnya nukilan Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Dr Hj Mohamad Satim Diman yang bertajuk "MEMAHAMI HAKIKAT KEPUTUSAN PERTUDUHAN LIWAT 901" di sini.
No comments:
Post a Comment