Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, January 9, 2012

#SaveSgor : DEMO #901 KHIANATI MAHKAMAH - DATO SATIM



"Anwar cuba mencipta pelbagai persepsi buruk kepada kerajaan dan institusi kehakiman negara termasuklah pihak keselamatan yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya. Hakikatnya, perbicaraan ini adalah perbicaraan peribadinya atas jenayah yang telah dilakukan. Soal perbicaraan politik yang cuba digambarkan oleh Anwar hanya illusi ciptaannya untuk menarik simpati orang ramai. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Anwar gagal membawa saksi alibi untuk membela dirinya. Anwar juga gagal memberikan keterangan bersumpah di mahkamah untuk membela diri.

....

Anwar terlupa atau buat-buat lupa bahawa kes liwatnya telah tertangguh bertahun lamanya. Malah ia menjadi rekod perbicaraan paling panjang dalam sejarah negara dengan berpuluh kali penangguhan dipohon oleh peguambela beliau. Bayangkan perbicaraan beliau bermula di era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini zaman DS Najib menjadi Perdana Menteri. Sungguh pelik dan amat melucukan bilamana beliau masih menuduh DS Najib terlibat berkonspirasi dalam kes liwatnya."

Dato Satim berkata begitu di dalam entri terbaru blog beliau bertajuk "Perhimpunan BebasAnwar901: Satu Pengkhianatan Kepada Sistem Perundangan Negara. Ikuti lagi entrinya di sini.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages