Pada tahun 2009, dia juga orang yang bentangkan Bajet 2009 dengan menuduh pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional tidak telus, ikhlas dan bertanggungjawab, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni, mengamalkan dasar penswastaan yang berat sebelah kepada syarikat-syarikat swasta dan tidak cekap dalam menguruskan perbelanjaan Kerajaan negeri.
Tapi hari ini, harta-harta serta aset-aset yang diusahakan oleh kerajaan negeri yang dituduh macam-macamlah digunakan untuk dijual dan digunakan wangnya untuk disalurkan kepada rakyat negeri Selangor. Ketua Pembangkang yang juga ADUN Seri Serdang dan Ketua UMNO Bahagian Puchong menempelak cara pengurusan Khalid Ibrahim di mana asas kewangan negeri hanya berdasarkan penjualan-penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Negeri Selangor sebagai satu asas yang tidak kukuh di samping gagal menarik pelabur masuk ke dalam negeri.
Ini kah kerajaan negeri yang dimahukan rakyat? Dalam masa 3 tahun habis segala aset yang diusahakan selama 52 tahun dijual begitu sahaja..jadi apa yang tinggal?
No comments:
Post a Comment