Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, October 27, 2011

PAS dan Transformasi Akidah

Dulu PAS rela buat demonstrasi atas isu Forum InterFaith Commision yang boleh menggugat umat Islam ketika itu.

Baca bawah ni (Harakah yang tulis)..
Demonstrasi aman IFC, polis ambil keterangan Badai
Written by Mohd Sabri Said


Abdul Rahim yang ditemani Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika dihubungi berkata, pihak polis ingin tahu siapa penganjur, arahan siapa, tahu maklumat adanya demo dari mana, siapa yang bertanggungjawab mendalangi dan sebagainya.


"Saya ceritakan apa yang patut kepada ASP Asri. Mereka mendakwa kita bersalah kerana berhimpun tanpa permit, " ujarnya.


Baginya, walaupun disoal siasat namun umat Islam mempunyai hak bersuara atau mengatakan bantahan kerana kutipan tandatangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) merupakan satu perbuatan yang menghiris sentiviti umat Islam.


Tindakan Aliran dianggap begitu biadap sekali kerana sanggup berhadapan dengan umat Islam tanpa rasa bersalah terutamanya mencampuri urusan agama.


"Islam tidak pernah mencampuri hal agama lain tetapi sejak kebelakangan ini agama lain begitu berani mencabar kewibawaan Islam, " ujarnya kesal.


Sementara itu, seorang jurucakap yang mendesak majlis tersebut dihentikan, Haji Ismail Wan Teh ketika ditanya menyifatkan, memang beliau berbuat demikian kerana ditipu kononnya majlis sudah dihentikan.


"Bila saya naik ke tingkat tiga saya dapati majlis tersebut diteruskan. Apa lagi saya terus dapatkan mikrofon berhujah, " katanya.


Manakala Pengerusi Badai, Ustaz Hafiz Nordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menambah, sesiapa pun tidak boleh menghalang kedatangan umat Islam pada hari itu sebab kedatangan mereka atas dasar akidah.


"Hak mereka untuk berhimpun di situ untuk menyuarakan ketidakpuasan hati. Kenapa nak marahi mereka, " jelasnya.

Sekarang, PAS malu untuk berhimpun demi umat Islam untuk mempertahankan akidah..(Harakah jugak yang tulis)

Bagus kan Transformasi PAS sekarang?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages