Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, September 13, 2011

Nik Aziz tiba-tiba panas


Entahlah apa yang dimerepekkan oleh Nik Aziz ni. Bila UMNO Kelantan letakka sasaran nak menang 23 kerusi DUN, tiba-tiba Nik Aziz jadi panas.

"Pas menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama. 
Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas secara sinis berkata, jika UMNO yakin boleh menang 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mendapat kerusi majoriti di Kelantan, maka Pas pula akan menang 60 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di peringkat pusat."

Balasan itu hanya Allah yang tentukan, bukan Nik Aziz..apa yang dia melalut ni?
Apa yang berfaedah yang telah PAS buat untuk agama? Umat Islam berpecah belah, surau masjid jadi tempat kempen, ceramah politik, caci mencaci, itu faedah untuk agama ke? Moga Allah memberi petunjuk kepada Nik Aziz...

Ikrar Pemuda: Lama betol Nik Aziz jadi MB..

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages