Dato' Satim, Ketua Pembangkang Negeri Selangor dan ADUN Seri Serdang menyatakan bahawa PAS cuba mengangkat seorang yang kejam sebagai hero negara. Walaupun dikatakan Mat Indera itu punyai ilmu agama, namun, tindakannya menyerang Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh pegawai-pegawai polis Melayu berugama Islam tidak boleh menaikkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Hanya kerana berlainan ideologi, tidak bermaksud umat Islam halal berbunuhan sesama sendiri. Perjuangan UMNO cuba dinafikan oleh Mat Sabu namun, rakyat lebih mengetahui sejarah dari Mat Sabu dan kini dia dan juga PAS sudah menjadi kebencian orang Melayu apatah lagi bagi bekas-bekas polis dan tentera yang pernah berjuang menentang komunis. Ikut kupasan lebih mendalam Dato' Satim dari blognya di sini.
No comments:
Post a Comment