Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, August 17, 2011

Isu murtad: PAS tahun 2006 dan PAS 2011




Kenapa di kala dulu dalam isu Inter-Faith Commision (IFC), PAS tidak langsung mahu berjumpa pihak yang dituduh tapi terus menerus menentang dan berdemonstrasi di hadapan Bangunan Bar Council? Pada ketika itu, Pak Lah dikritik keras kerana membenarkan forum tersebut berlangsung.



Demonstrasi aman IFC, polis ambil keterangan Badai
Written by Mohd Sabri Said   

Abdul Rahim yang ditemani Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika dihubungi berkata, pihak polis ingin tahu siapa penganjur, arahan siapa, tahu maklumat adanya demo dari mana, siapa yang bertanggungjawab mendalangi dan sebagainya.

"Saya ceritakan apa yang patut kepada ASP Asri. Mereka mendakwa kita bersalah kerana berhimpun tanpa permit, " ujarnya.

Baginya, walaupun disoal siasat namun umat Islam mempunyai hak bersuara atau mengatakan bantahan kerana kutipan tandatangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) merupakan satu perbuatan yang menghiris sentiviti umat Islam.

Tindakan Aliran dianggap begitu biadap sekali kerana sanggup berhadapan dengan umat Islam tanpa rasa bersalah terutamanya mencampuri urusan agama.

"Islam tidak pernah mencampuri hal agama lain tetapi sejak kebelakangan ini agama lain begitu berani mencabar kewibawaan Islam, " ujarnya kesal.

Sementara itu, seorang jurucakap yang mendesak majlis tersebut dihentikan, Haji Ismail Wan Teh ketika ditanya menyifatkan, memang beliau berbuat demikian kerana ditipu kononnya majlis sudah dihentikan.

"Bila saya naik ke tingkat tiga saya dapati majlis tersebut diteruskan.  Apa lagi saya terus dapatkan mikrofon berhujah, " katanya.

Manakala Pengerusi Badai, Ustaz Hafiz Nordin dalam kenyataannya pada Harakahdaily menambah, sesiapa pun tidak boleh menghalang kedatangan umat Islam pada hari itu sebab kedatangan mereka atas dasar akidah.

"Hak mereka untuk berhimpun di situ untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.  Kenapa nak marahi mereka, " jelasnya.       



Dan kenapa pula sekarang ini apabila JAIS membuat pemeriksaan di gereja DUMC atas aduan kes murtad, PAS tiba-tiba nak jumpa JAIS dan pihak gereja sebelum membuat pendirian? Kenapa mereka tak desak pihak gereja tersebut minta maaf atau buat demonstrasi agar dikenakan tindakan sewajarnya kepada pihak mereka?

Dulu apa pasal PAS tak tunggu dulu, pergi join IFC ke, tanya apa mereka nak, tapi sebaliknya PAS main terjah je forum diorang?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages