Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, July 18, 2011

Transformasi PAS lebih hebat dari GTP kerajaan


Kerajaan BN jangan lah bangga lebih-lebih sangat...ingat Kerajaan BN sorang je ada program transformasi? PAS pon ada..lebih mantap..lebih dasyat dari apa yang kerajaan BN buat..

Ketua Penerangan PAS Perak, Norazli Musa dulu Pejuang Murtad..cuba tengok video di bawah ni ada muka Norazli Musa berdemo depan Bar Council..


Tapi kini Norazli Musa berjuang pula untuk Pejuang Murtad itu sendiri, sampaikan Mufti Perak pon dia tibai...tak kasik chance..

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak Cabar Mufti Keluarkan Hujah Dan Dalil Perhimpunan BERSIH itu Haram
Posted on Thursday, July 07 @ 03:15:39 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh MemanahKezaliman

IPOH, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.

"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," jelas Ustaz Norazli Musa


Beliau berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram.


"Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas ustaz Norazli

Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah.


Ustaz Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik.


Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO.


Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau.


Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri.


Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya.


"Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Ustaz Norazli.

Ini lah bukti kejayaan program TRANSFORMASI PAS...PAS transform dari menentang pejuang murtad, menjadi geng dengan pejuang murtad..


Ikrar Pemuda: Bagaimana PAS boleh duduk semeja dengan orang yang mempertahankan kemurtadan saudara seislamnya..cuba kalau saudara dia yang dimurtadkan ambiga..macamana ye?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages