Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, July 18, 2011

Dato Satim - Pakatan Seronok mempermain-mainkan Islam?



Baru-baru ini, Ketua Pembangkang Selangor, Dato Dr Hj Mohamad Satim Diman telah diperintah keluar dewan kerana menegur ADUN Sekinchan menggunakan satu hadis dalam memberi hujah. Ikuti pandangan Ketua Pembangkang Selangor ini:

"10. Berkait dengan isu yang dibangkitkan dan menjadi pertikaian antara saya dan wakil DAP–Sekinchan, Ng Suee Lim berkaitan dengan hadis, pendirian saya jelas. Kenapa perlu YB Sekinchan menggunakan Hadis Nabi mahu pun Al-Quran sedangkan beliau tidak beriman dengan islam. Ini adalah satu tindakan yang cuba mempermainkan dan mempersenda agama Islam. Kita bimbang jika ianya dibenarkan, maka ia akan menjadi satu trend dikalangan YB bukan Islam untuk menggunakan ayat-ayat suci sesuka hati tanpa merujuk kepada tafsiran yang betul sehingga menjadi fitnah kepada Islam. Sebagai YB yang beragama Islam, maka saya bertanggungjawab mempertahankannya.

11.    Sekali lagi atas kapasiti saya sebagai seorang rakyat yang beragama islam, saya menyeru kepada semua ahli politik  bukan Islam agar tidak menggunakan ayat Al-Quran dan Hadis Nabi untuk tujuan politik murahan sehingga membawa kepada mempersendakan agama Islam. Tidak salah untuk membaca dan cuba memahaminya tetapi ianya bukan untuk diperdagangkan untuk tujuan politik murahan sesuai dengan martabatnya sebagai kitab suci umat Islam.

12.    Sudah pasti pendirian keras saya ini tidak disenangi oleh YB dari DAP sehingga saya diarahkan oleh speaker untuk keluar dari dewan persidangan. Beliau sememangnya mempunyai hak untuk bertindak sedemikian dalam bidang kuasanya. Apatah lagi terhadap kami dari parti pembangkang dalam DUN. Namun begitu kerajaan negeri juga harus sedar segala tindakan mereka diperhatikan oleh rakyat."

Untuk membaca nukilan Dato Satim sepenuh nya ada di sini

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages