Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, July 21, 2011

Polis nak bunuh peserta BERSHIT?


Sekarang dah jelas dan nyata tujuan sebenar BERSHIT diadakan tempohari...iaitu untuk mencari salah polis dan kerajaan. Terbaru PKR menuduh Polis mahu membunuh peserta BERSHIT.

"KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan polis mensasarkan bedilan gas pemedih mata ke arah orang ramai Sabtu lalu bertujuan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan peserta perhimpunan."

Baca di sini.

Adoiii bodoh betollah N Surendran ni, kalau Polis mahu bunuh, buat apa dia pakai gas pemedih mata...baik polis pakai machine gun ke, meriam ke...

Dan terbaru, ADUN penderhaka, iaitu ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menuduh Polis Di Raja Malaysia kejam macam rejim zionis sebab pakai gas pemedih mata sama macam Israel...yang kemudiannya dinafikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara


"Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.


”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini."


Dan beliau juga akan mengambil tindakan sewajarnya:

"Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.


"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya. – Bernama"

Tuduhan-tuduhan ini adalah satu tuduhan berat yang mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia...Kami di Ikrar Pemuda mengharap agar pihak Polis dan pihak Kementerian Dalam Negeri segera mengambil agar tiada pihak yang sewenang-wenang memperlekehkan Polis Diraja Malaysia

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages