Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, July 7, 2011

Kalau Yang PKR buat ni bukan KRONISME, RAKYAT SELANGOR nak panggil apa ye?


Tahniah kepada rakyat Selangor kerana ada kerajaan yang mengamalkan KETELUSAN dan TRANSPARENSI...tapi KETELUSAN dan TRANSPARENSI yang diamalkan adalah mengikut acuan mereka...iaitu melantik kawan-kawan parti, isteri, atau kroni-kroni pegang jawatan penting dalam kerajaan..opss..ini kronisme ke? Atau rakyat Selangor nak panggil apa ye?

Rakyat Malaysia sentiasa mendengar ceramah dan tuduhan dari Pakatan terutamanya Anwar yang kononnya menentang BN yang mengamalkan kronisme. BN sentiasa diperburukkan oleh Anwar walaupun Anwar duduk dalam kerajaan pon dah berbelas tahun sampai jadi Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba kena pecat atas silap sendiri baru kata BN tu tak betol...

Seperti apa yang dibongkarkan oleh MyMassa di sini:
"Setelah team terjah MyMassa membuat sedikit penyelidikan, rupa-rupanya peguam Kerajaan Negeri yang cun bernama Fahda ini merupakan ISTERI kepada YUSMADI YUSOFF!

... 
Yusmadi adalah salah seorang EXCO PKR Pusat dan juga MP Balik Pulau. Di mana janji PKR supaya Kerajaan mereka bebas daripada unsur-unsur kroni dan salah guna kuasa?
...
Sebenarnya Fahda dan Yusmadi ada membuka firma guaman mereka pada tahun 2008 untuk membolot projek-projek guaman dari Kerajaan Negeri Selangor. Kes mahkamah antara Kerajaan Negeri Selangor dengan SYABAS merupakan projek yang firma ini dapat dengan perlantikan Fahda sebagai Ahli Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor."

Wah..sampai Ahli Panel Penilai Air Negeri pon isteri dia jadi jugak ke?Oppsss...ini bukan kronisme...ini namanya TRANSPARENSI..TRANSPARENSI kepala otak-otak Anwar

Di Selangor, melantik isteri kepada EXCO parti Pakatan menjadi salah seorang peguam negeri dan panel Penilai Air Kerajaan Selangor ITU BUKAN AMALAN KRONISME. Sebab apa? sebab ianya PKR yang buat, ITU BUKAN KRONISME..INI LAH TRANSPARENSI KAN?...kan rakyat Selangor kan?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages