Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, June 24, 2011

UMNO dah lama tahaluf siyasi...PAS bahalol siyasiya

seorang model bagi konsep tahaluf siyasi PAS

Demi justifikasi perjuangan PAS bersama DAP dan juga untuk negara kebajikan, PAS sering menggunakan terma "tahaluf siyasi" untuk memomokkan penyokong mereka demi mendapatkan sokongan mereka.

Namun, seperti lembu-lembu dicucuk hidung, apabila terdengar perkataan Arab seperti tahaluf siyasi, maka penyokong-penyokong PAS pon angguk-angguk sahajalah tanpa mendalami maksud tahaluf siyasi itu.

Apa maksud tahaluf siyasi?

Mengikut orang PAS tahaluf siyasi bermaksud
"Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama."

Jadi, dengan tafsiran tersebut maka ia cuba untuk menampakkan bahawa gabungan PAS, DAP dan PKR itu harus diterima oleh penyokong PAS dan orang Islam amnya.

Namun, dari tafsiran tersebut, siapa kah "musuh yang sama" yang dimaksudkan?

Jika kita ambil keadaan perhimpunan BERSIH,PAS rela bekerjasama dengan pengerusi BERSIH ini iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan. Semua orang tahu bahawa Ambiga ini terlibat secara langsung memperjuangkan Lina Joy dalam kes murtadnya, mengadakan forum antara agama dan membidas agama Islam dengan mengatakan perceraian dalam Islam adalah zalim. Terang-terang Ambiga ini bermusuh dengan Islam!!

Bagi PAS, Datuk Ambiga bukan "MUSUH" kepada Islam kah?

Hanya kerana Datuk Ambiga menentang musuh politik PAS iaitu UMNO dan BN maka TAHALUF SIYASI boleh terjadi?

Adakah mana-mana pihak yang pernah bermatlamat menentang Islam dikira sebagai "mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam dalam perjuangan" dalam tahaluf siyasi PAS?

Jadi adakah ini TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS??

Jikalau begitu, UMNO sudah lama mengamalkan konsep tahaluf siyasi sejak ketika menuntut kemerdekaan lagi dengan mengadakan kerjasama bersama parti-parti komponen lain. 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages