Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, June 18, 2011

Kelantan haramkan UTUSAN, Kerajaan Pusat sila haramkan HARAKAH!!

PAS nak buat perhimpunan BERSIH kononnya kerana itu hak dia dalam negara demokrasi untuk berhimpun. Tapi demokrasi PAS entah hilang ke mana bila PAS di Kelantan haramkan Utusan untuk buat liputan di negeri tersebut. Alasannya ialah Utusan dikatakan menghina Islam dengan kartun di bawah ini:

Ya memang kartun di atas menghina, tetapi ia tidak menghina Islam. Ia menghina umat Islam yang melacurkan undang-undang Islam untuk melindungi seseorang atas sebab-sebab politik. Siapa yang kata kamera itu tidak layak jadi saksi? Haji Hadi. Tetapi kenapa Haji Hadi tak kata kamera itu boleh jadi bahan bukti dalam hukuman takzir? Kenapa Haji Hadi hanya cerita pasal hukum hudud? Sebab hukum hudud perlukan 4 saksi tak begitu? 

Kartun tersebut TIDAK SAMA SEKALI MENGHINA ISLAM, TETAPI IA MENGHINA PAS TERUTAMANYA HAJI HADI!!!

Apa lah dah jadi sekarang ni, puak yang dikatakan memperjuangkan Islam sendiri memperbelitkan hukum-hakam agama sendiri di mata rakyat. Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada mereka yang memutar-belitkan hukum hakam Islam!

Dan diharap agak kerajaan Pusat dan kerajaan negeri-negeri di bawah BN, mengharamkan akhbar Harakah untuk dijual di mana-mana kerana ia dah banyak kali tabur fitnah.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages