Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, June 22, 2011

Bila berdemo PAS paling ramai turun, Bila Pilihanraya PAS paling sikit bertanding

PAS nampaknya terus jadi mangsa buli dalam Pakatan Haram. Terbaru untuk perhimpunan BERSIH akan datang, PAS tak semena-mena dah janjikan berpuluh ribu penyokongnya bakal membanjiri KL untuk perhimpunan tersebut. Ibarat lembu dicucuk hidung, maka pimpinan PAS menjanjikan berbondong-bondonglah antara mereka akan datang untuk menyemarakkan lagi BERSIH kali ini. 

"Sehubungan itu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS akan menggerakkan sekurang- kurangnya 10 ribu ahli untuk turut sama menyertai himpunan itu yang bertemakan 'Walk For Democracy'."

"YB Syed Azman dari PAS menyatakan sokongan 100% dan akan mengerahkan 100,000 ahli PAS hadir ke Perhimpunan Bersih 2.0"

Ada ke pemimpin DAP kata nak hantar sampai berpuluh ribu orang? Kalau lah PAS dah janji nak bawa 10 ribu orang + 100 ribu orang, sah sah la DAP akan bawa ratusan orang sahaja, sebab nak buat apa sampai berpuluh-puluh ribu kalau setakat nak kena balun dengan Polis? Di sini lah nampak akan KEBODOHAN, KEDUNGUAN PAS. Senang-senang je kene kuda dek DAP. Bila nak tunjuk jaguh di jalanraya, PAS lah yang kena turun, kena tembak air dengan Polis, kena bom asap Polis, kena masuk lokap Polis, semua PAS.

Tapi bila bab kerusi untuk pilihanraya, PAS lah dapat paling SEDIKIT untuk bertanding.


Laporan FreeMalaysia Today pula menyebut bahawa PAS setuju formula pembahagian kerusi 2008, bermakna memang PAS akan bertanding dengan jumlah kerusi paling sedikit dalam Pakatan Haram:



Menurut blogger Up4U2C, PKR dah awal-awal nak letak 97 kerusi di Parlimen akan datang:
"Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali siang-siang dah umum PKR akan bertanding 97 kerusi Parlimen dalam PRU13. 97 kerusi itu saja dah merupakan 43.7% dari 222 kerusi Parlimen yang ada sekarang. Sebagaimana yang terjadi dalam pilihanraya DUN Sarawak yang baru lepas, PKR akan meletakkan calonnya di mana yang dia suka tanpa mempedulikan permintaan parti lain."

Kalau PKR dah pegang 97, berapa agaknya kerusi PAS dapat? Tak mungkin ia akan dapat lebih dari DAP kan?

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages