Ini satu lagi mitos yang patut ditangani sebaik-baiknya. DAP selalu menuduh UMNO bersikap rasis kerana memperjuangkan Melayu. Mereka marah apabila UMNO sentiasa membela orang Melayu,dan mereka mendabik dada dengan slogan "Malaysian Malaysia" nya.
UMNO bukanlah parti perkauman seperti yang dituduh. Jika UMNO parti perkauman, maka jangan harap kaum lain dapat berjaya di muka bumi Malaysia ini. Kaum lain akan disisih dari arus pembangunan, ekonomi dan sebagainya. Bermakna, tiadalah jutawan-jutawan bukan Melayu yang memenuhi senarai top 10 orang terkaya di Malaysia. Jika UMNO itu rasis, mereka akan berjuang sorang-sorang, dan tak memperdulikan parti MCA, MIC dan lain-lain.
Apa pon, UMNO dengan jelas tanpa berselindung mengakui mereka memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Tetapi bagaimana dengan DAP? Ya, DAP dalam slogannya menulis:
Our Objectives
The vision of the party is to establish a peaceful and prosperous social democracy that can unite its disparate races and diverse religions and cultures based on:
- a Malaysian Malaysia concept by forging Malaysian race with universal moral values,
- offering equal access and opportunity;
- democractic governance and rule of law;
- creating wealth and distributing wealth equitably; and
- fighting against corruption
Apa yang menarik (jelek barangkali), tidak seperti apa yang tertulis dalam objektif mreka, DAP sentiasa mendepani nasib kaum Cina sahaja dalam perjuangan mereka. Sebagai contoh, pada pilihanraya Sarawak baru-baru ini, ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dengan tanpa segan silu mengajak kaum Cina balik ramai-ramai untuk mengundi mereka.
Kenapa dia beriya-iya nak guna perkataan Allah? Tapi itu bukan persoalan sebenar kerana kalau dah kafir tu kafir lah. Masalahnya ialah, ada pula umat muslimin muslimat dari PAS datang menyokong mereka nak guna perkataan Allah. Maka mereka ini lebih teruk lagi dari DAP! Cuba baca kesan-kesan kalau kafir juga boleh guna perkataan Allah di sini dan di sini.
Secara kesimpulannya, maka jelaslah DAP lebih fokus kepada perjuangan kaum Cina sahaja dan juga mereka yang berugama Kristian sahaja. Namun, DAP nampaknya seperti berselindung dengan slogan, dan objektif yang katanya memperjuangkan seluruh rakyat Malaysia. Jadi antara UMNO dan DAP, siapa lagi hipokrit?
No comments:
Post a Comment