Mitos 1: Mitos Pakatan Haram akan merobah Malaysia menjadi lebih baik
Ramai pengundi-pengundi muda suka pada perubahan. Pengundi-pengundi muda Melayu, tidak melalui saat-saat genting negara pada tahun 1969 sepertimana generasi sebelum mereka melaluinya. Kalau tanya pendapat generasi terdahulu, keadaan sekarang jauh lebih selesa dan aman dari dulu. Tetapi pengundi muda lahir-lahir sahaja, negara sudah aman, ekonomi sudah berkembang dan orang Melayu tak duduk kampung, jadi petani, pesawah sahaja. Orang Melayu dulu ramai tak dapat masuk universiti, sekarang dah berlambak.
Kalau kita cerita benda-benda di atas kepada pengundi muda, mereka akan jawab sama ada:
1) Ahh..itu dulu..sekarang lain, biasa lah itu memang tanggungjawab kerajaan..
2) Dulu takde rasuah, sekarang ada rasuah banyak
Kepada pengundi-pengundi muda, memang BN telah memerintah Malaysia sejak dari 1957, jadi persoalannya ialah, adakah keadaan Malaysia sejak dari tahun 1957 hingga sekarang masih sama macam dulu, atau sudah maju? Sudah tentu jawapannya maju kan?
Jadi kenapa mahu ubah sekarang? Mungkin mereka akan jawab, BN sudah terlalu lama memerintah, banyak kronisme, rasuah dan pelbagai masalah. Persoalannya, ada tak dalam dunia ini kerajaan yang tiada benda-benda macam itu? Jika terlalu teruk sangat pon, kenapa Malaysia makin maju? BN is never a perfect government, but at least they have prove that they could manage Malaysia into a right direction despites its weaknesses. Tetapi, jika pon pengundi-pengundi muda mahu juga ubah kepada Pakatan Haram, apa jaminan yang mereka akan lebih baik dari sekarang? Takkan nasib pengurusan negara hendak diperjudikan?
Kalau dikatakanlah kerajaan BN zalim, kenapa ramai rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu sekarang tak macam dulu? maksudnya, sekarang sudah masuk universiti, kolej, jadi guru, pensyarah, penyelidik dan sebagainya...dan ada tak yang mejawat jawatan-jawatan itu hanya orang BN? Orang PAS tak jadi guru? Orang PAS tak jadi pensyarah?
Ok, orang kata, kalau nak tengok Pakatan Haram boleh memerintah atau tidak kita tengok pada negeri-negeri yang diperintah sekarang. Selangor apa sudah jadi? Dari duit kerajaan negeri, duti Yayasan Selangor, duit PKNS habis digunakan sewenang-wenang oleh mereka, dan pelaburan masuk langsung tiada? Mungkin ada yang mempertahankan dengan kata, "alaahh...Pakatan baru 3 tahun memerintah". Persoalannya ialah, Pakatan ambil alih Selangor dalam keadaan yang serba lengkap, kilang-kilang dah banyak, pelaburan dah siap sedia ada, jaringan jalanraya dan lebuhraya sudah ada, pelabuhan besar sudah ada...bukan macam BN dulu, bermula dengan hampir apa pon takde.
Pakatan di Pulau Pinang pula macamana? Pembohong je lebih si Lim Guan Eng tu, mana pergi pelaburan Korea Selatan tu? Lain-lain macamana?
Kedah pon sama, sampai pejabat MBAS pon kena sita, apa hal? Tapi MB punya lah berlagak sampai kata kalau kerajaan Pusat tak mampu nak jaga UUM, kerajaan Kedah akan ambil, mak ai angkuh nya! Nah sekarang Allah bayar cash pada Azizan, pejabat MBAS pon tak mampu nak bayar!
Tepuk dada , tanya lah iman
No comments:
Post a Comment