f Dato Satim: Lagi pembaziran wang rakyat Selangor untuk pilihanraya kampung ~ Ikrar Pemuda

Monday, May 16, 2011

Dato Satim: Lagi pembaziran wang rakyat Selangor untuk pilihanraya kampung


Sekali lagi rakyat Selangor terpaksa membayar dengan harga yang mahal setelah memilih Pakatan Haram memimpin Selangor. Segala macam cara digunakan oleh mereka untuk menjahanamkan wang rakyat di negeri ini. Terbaru, kerajaan negeri bakal membelanjakan kira-kira RM 87 juta untuk menjalankan pilihanraya kampung di seluruh negeri Selangor. Menurut Ketua Pembangkang Selangor, Dato Dr Hj Mohamad Satim Diman, ini adalah satu lagi bentuk pembaziran selepas isu RM 600 ribu dibelanjakan untuk kempen anti ISA di Selangor yang hanya untuk kepentingan politik sahaja.

** Jom minum yogurt!!

RM87.6 juta bagi memilih ketua kampung di Selangor?
Posted on May 10, 2011 by Mohamad Satim Diman

 1. Dalam posting saya yang lepas saya telah menyentuh tentang apa yang disifatkan oleh rakyat Selangor sebagai penyalahgunaan wang rakyat sebanyak RM600,000.00 oleh kerajaan negeri untuk kempen hapuskan ISA bagi memenuhi kepentingan parti tertentu.

2. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa penyalahgunaan kuasa ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang diterajui oleh sebuah parti politik yang kononnya memperjuangkan integriti, ketelusan dan keadilan untuk rakyatnya. Akhirnya rakyat selangor terpaksa mengakui bahawa parti ini jelas tidak menepati segala janji yang telah ditaburkan kepada rakyat yang mengundi mereka.

3. Sekali lagi tindakan kerajaan negeri mengumumkan pilihanraya khusus untuk memilih ketua kampung mengundang kontroversi. Pengumuman oleh Exco Pembangunan Kampung Baru dari DAP, Ean Yong Hian Wah jelas menunjukkan bahawa pilihanraya untuk memilih ketua kampung akan diadakan di akhir bulan mei ini bermula dengan kampung-kampung baru di Selangor.

Baca selanjutnya di sini.

2 comments:

  1. Jangan nampak kesilapan orang sahaja.kesilapan sendiri kenalah tegok jugak

    ReplyDelete
  2. ye memang...kesilapan sendiri macam ejaan tegok dan tengok pon kena tengok juga...bermakna...pakatan memang buat silap ke?

    ooohhh...apa nak heran..kesilapan kecil sahaja..sebab hanya RM86.7 juta je...kan?

    ReplyDelete