f Suruhanjaya Video Seks Anwar: Pakatan takut kepada kebenaran? ~ Ikrar Pemuda

Wednesday, April 6, 2011

Suruhanjaya Video Seks Anwar: Pakatan takut kepada kebenaran?


Sewaktu mula-mula video dipertontonkan kepada wartawan oleh Dato T, tak sampai beberapa jam, Anwar muncul di depan para wartawan dan menafikan ianya dia di dalam video itu. Wan Azizah pon ada sama. Siap tunjuk perut lagi.

Namun apabila, sedutan klip video yang dikatakan melibatkan Anwar di tayang di Youtube, dan dapat ditonton oleh rakyat Malaysia,  Anwar mengambil masa yang agak lama untuk buat press conf. Dan bila press conf dibuat (hampir selepas 24 jam video tersebar) yang lebih pelik, Anwar langsung tak ada dalam press conf tersebut.Sebaliknya Wan Azizah, Karpal Singh dan Khalid gagap pulak yang buat Press Con. Mana Anwar? Apsal tak muncul?Takut?

Seperti yang ditulis oleh bigdogdotcom, Anwar juga pernah kata "Rakyat Hakim Negara". Maka adakah salah untuk Rakyat mengetahui perkara sebenar setelah rakyat mula sangsi melihat kelibatnya di dalam video tersebut. Sedangkan Teoh Beng Hock hanya sebagai pembantu kepada ADUN Seri Kembangan pon boleh dibuat Suruhanjaya Diraja untuk siasatan, ini kan pula seorang ketua Pembangkang yang ada cita-cita untuk memimpin kerajaan Malaysia!! Bukan sahaja Ketua Pembangkang, dia juga seorang penasihat ekonomi negeri Selangor dan seorang ahli parlimen!!Kenapa tidak mahu buat Royal Commission?

Agak dangkal Karpal singh apabila di dalam sidang media tersebut cuba untuk memusing fakta dengan menghalakan kesalahan kepada Dato T. Yang perlu diketahui ialah benar atau tidak Anwar yang melakukan aksi di dalam video tersebut. Takkan melalui penafian Wan Azizah sudah cukup untuk membuktikan yang dalam video itu bukan Anwar? 

Lagi satu, kenapa mereka takut sangat dengan suruhanjaya? Adakah mereka takut kepada kebenaran? Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah kan?

Ikrarpemuda: Mana menghilang suara pimpinan PAS setelah video keluar di Youtube?Senyap je?

0 comments:

Post a Comment