Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, April 18, 2011

Pengundi Cina dah bersatu, Melayu bila lagi?


OK back to reality. Memang BN menang di Sarawak dan dapat membentuk 2/3 majoriti. Namun, disebalik kejayaan itu jelas, trend pengundi dari kaum Cina masih tidak berganjak sejak dari 2008. Boleh dikatakan majoriti kaum Cina terutamanya di bandar-bandar menyokong DAP.

Kaum Cina telah pon bersatu. Mereka memilih jalan demokrasi untuk cuba menguasai arena politik tanah air. Bolehkah mereka di persalahkan? Semestinya tidak. Mereka tidak memilih jalan yang salah di sisi undang-undang, bahkan, prosedur mereka adalah betul. Pada masa yang sama pula, MCA  dilihat lemah untuk menarik undi kaum Cina, ini adalah fakta sebenar.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, ini lah masanya untuk orang Melayu menunjukkan kekuatan sebenar sebagai pemegang kuasa politik unggul di Malaysia. Melayu sudah banyak berpecah, terutamanya sejak 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat. Pada ketika itu (1999) BN dikatakan menang dengan undi kaum bukan Melayu. Pada 2004 pula, mood rakyat kembali kepada BN apabila politik di Malaysia melihat peralihan kuasa PM, Tun M kepada Pak Lah. Namun 2008 menjadi sebaliknya bagi Pak Lah, BN tewas di 5 negeri. 

Persamaan pada kedua-dua situasai pada tahun 1999 dan 2008 ialah, adanya faktor Anwar Ibrahim. Oleh kerana itu lah orang Melayu berpecah-belah, ditambah lagi dengan tertubuhnya parti PKR, dan PAS pula pandai mengambil kesempatan menyebabkan orang Melayu pecah undi. Kaum Cina dapat melihat perpecahan orang Melayu sebagai satu landasan untuk mereka menunjukkan kuasa mereka dengan memenangkan ramai calon DAP, termasuk menyokong rakan sepasukan DAP, termasuk PKR dan PAS. Pada ketika ini PAS amat berbangga dengan mengatakan bahawa dakwah mereka telah sampai pada DAP. Sedangkan DAP ada objektif mereka sendiri. Agak jelek pula jika DAP tidak mengaku mereka memperjuangkan kepentingan kaum Cina sahaja. Yang lebih teruk, mereka mempertahankan dinasti Lim Kit Siang dan Karpal sekeluarga! Lihatlah di Pulau Pinang, orang dari Melaka yang juga anak sang Presiden parti menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang!! Cuba lihat tweeter Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching pada 11 April. Dia mahukan lebih ramai kaum Cina balik mengundi di Meradong kerana pengundi Iban telah meningkat. Tidak rasiskah ini??



Kini makin terserlah objektif DAP dalam cuba untuk merubah lanskap politik negara seperti mana yang telah berlaku di negeri Perak. DAP menguasai barisan Exco dan orang Melayu hanya menjadi MB boneka kepada DAP. Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil untuk berlaku di negeri-negeri lain mahupun peringkat negara. Cuma sedikit pesanan buat mereka, apa yang mereka inginkan, tidak semua bisa ditunaikan oleh kerajaan. Keinginan mereka untuk melihat kaum Cina menguasai politik negara belum tentu dapat memberi keamanan negara apa tah lagi dengan orang Melayu sebagai majoriti. Itu sebab apabila orang Melayu berpecah-belah, ia merupakan satu peluang terbaik bagi mereka untuk menonjolkan kekuatan kaum mereka. Orang Melayu pula harus sedar, di Perak contohnya, Sultan dan perlembagaan negeri lah menjadi penyelamat dari negeri dipimpin oleh bukan Melayu, namun, sudah terbukti, adanya Menteri Besar Melayu pun, belum tentu dapat menyelamatkan melayu dan umat Islam jika barisan Exco dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan Islam. Sampai bila orang Melayu sanggup nak bergantung kepada Sultan dan perlembagaan negeri? Namun di peringkat kabinet, tiada peruntukan pon yang menetapkan orang Melayu atau Islam yang harus menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepada orang Melayu, bangkitlah!! Kini terbukti yang PAS dan PKR tidak mampu untuk membawa agenda Melayu dan Islam. Mereka-mereka ini amat lemah, lebih-lebih lagi apabila mereka sanggup menggadai prinsip perjuangan mereka demi menjaga dan melindungi ketua mereka Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah peribadi dan kepimpinan. Jangan disalahkan kaum Cina atas kesepakatan mereka. Itu hak mereka. Dan janganlah masing-masing menyalahkan orang lain tidak cukup Islam dari yang lain, orang ini berdosa, dan sebagainya. Kerana, jika orang Melayu hilang kuasa, agama Islam pon tidak mungkin dapat dipertahankan lagi di bumi Malaysia ini. Yang penting, orang Melayu dan umat Islam seluruhnya harus bersatu mempererat hubungan antara mereka, dan bersatu membentuk satu kuasa politik yang paling kuat. Insya Allah, apabila kaum-kaum lain melihat akan kekuatan orang Melayu yang padu, nescaya kesepaduan antara kaum akan menjadi lebih mudah kerana masing-masing akan faham hak masing-masing dan menghormati seadanya. 

3 comments:

  1. orang melayu boleh bersatu..tetapi umno kena ubah diri mereka dahulu...orang melayu dah penat kena tipu dek orang umno dan pemimpin umno terutama dipuchong ini...orang china bersatu kerana DAP perihatin nasib mereka...

    ReplyDelete
  2. Dalam dunia politik Mesia ni ada ke yg 100% betul?Sekurang-kurangnya UMNO sedang berusaha untuk bertransformasi...di Puchong pelbagai usaha dah dilakukan, tapi maklumlah pembangkang..takkan gerak kerja macam kerajaan negeri pulak?tetapi banyak aktiviti telah dilakukan dan diusahakan untuk rakyat sekitar parlimen Puchong...Kat mana lagi org Melayu nak bersatu kalau bukan UMNO..nak bersatu bawah PAS? tengok la track record PAS, mereka hanya dikudakan oleh Anwar utk jaga imej dia sahaja..senang-senang kena tipu dengan Anwar..takkan nak harap UMNO berubah jadi sempurna?diri kita pon tak sempurna..PAS lagi lah tak sempurna..PKR sempurna ke?rokok semporna A adalah!

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages