Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, March 30, 2011

Siapa berani nafi Tan Sri Khalid pakar ekonomi!

Akibat dari sensasinya kisah video seks yang didedahkan Dato T tempohari, isu prestasi kewangan "cemerlang" Yayasan Selangor di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid seperti dipandang sepi oleh kebanyakan. Namun, "kecemerlangan" Khalid ini harus dipromosi kan kepada rakyat supaya rakyat sentiasa ingat bahawa tokoh Korporat ini memang pandai dalam hal-hal ekonomi terutama membabitkan wang rakyat negeri Selangor.

Sambil-sambil menunggu berita panas dari papa gomo (khabarnya pukul 10 pagi nanti papagomo akan tunjuk gambar pelakon wanita video panas tersebut.), mari kita imbas kembali apakah kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh Khalid hasil dari audit kewangan Yayasan Selangor. The Sun melaporkan:


Fuhh!!! Banyak betol kecemerlangan Khalid dalam Yayasan Selangor!!
Dalam tahun 2010, kos penyelenggaran kenderaan Yayasan berjumlah RM 6 juta? Wahhh..pandainyeeee..
Untuk bulan November 2010 sahaja, kos penyelenggaraan kenderaan yayasan berjumlah RM1.5 juta? Wahh..cerdiknyeeee..
Orang yang diisytihar muflis boleh dilantik jadi pengurus kewangan..lepas tak sampai 3 bulan dilantik pulak jadi timbalan pengurus besar..wahhh.geniusnya Khalid..
Kewangan Yayasan dalam defisit pon boleh bayar bonus!!??waduh waduh...ganteng nya Khalid!
Syarikat yang baru sahaja dilantik untuk kendalikan majlis hari raya terus dibayar 95% bayaran dari bayaran penuh..wah wah wah..how leng aaa khalid..
Ini lah di antara kecemerlangan-kecemerlangan Khalid dalam menggunakan ilmu ekonominya dalam mencipta situasi gemilang kewangan yayasan Selangor.
Ketrampilan Tan Sri Khalid sebagai tokoh korporat terbukti apabila kantung Yayasan dari 2008 yang bernilai RM60 juta kini berjumlah..err..mengalami defisit sebanyak RM 7 juta.
Tahniah kepada Menteri Besar Selangor atas kepakaran ilmu korporat dan ekonomi Selangor..Money well spent  Khalid!!

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages