Berikutan pendedahan blogger Kickdefella, didapati bahawa judi loteri masih boleh dijual di Kota Bharu.
"Bahkan di Kelantan walaupun judi nombor ekor tidak dibenarkan, tetapi judi didalam bentuk loteri Big Sweeps di benarkan. Kedai-kedai yang menjadi ejen Big Sweeps terus dibenarkan menjual tiket-tiket loteri di premis mereka di bawah dasar Membangun Bersama Islam."
Selepas pendedahan ini, kerajaan PAS kelantan kemudian menyerbu premis-premis yang menjadi ejen Big Sweeps ini dan terus mengharamkan loteri Big Sweeps ini.
Tindakan ini menyebabkan kemarahan kaum Cina di Kota Bharu. Ada yang melenting kenapa tiada notis diberikan untuk pengharaman tersebut setelah sekian lama dibenarkan.
"Kelantan Chinese Chamber of Commerce president J.P. Goh described the action of raiding the bookshops as infringing on the rights of non-Muslims in the state.
He added that the PAS-led government, which had ruled the state the past 20 years, should have taken action a long time ago if gambling was offensive."
Persoalannya, apa yang kerajaan PAS buat selama ini? Adakah Big Sweeps itu judi yang boleh dihalalkan?
Kemudian, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan menggesa semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dapat mencontohi Kelantan dengan mengharamkan segala bentuk judi.
DAP dan MCA telah memberi amaran kepada PAS supaya menarik balik larangan semua judi di Kelantan. Teresa Kok pula memberi amaran kepada PAS supaya jangan mendesak negeri-negeri lain di bawah Pakatan mengharamkan semua judi.
"KUALA LUMPUR, March 6 — Selangor DAP chief Teresa Kok warned political ally PAS to stop pushing for all Pakatan Rakyat (PR) states to adopt Kelantan’s controversial gaming ban for fear of losing non-Muslim votes in the coming general election.
“If PAS pushes this further, it’s not going to help them win more Malay votes and it might cost them non-Malay votes,” she told The Malaysian Insider today."
Seharusnya PAS harus mengekalkan larangan semua bentuk judi bukan sahaja di Kota Bharu tetapi di seluruh negeri Kelantan. Apatah lebih dari 90% penduduk Kelantan adalah berugama Islam jadi lebih mudah untuk diimplementasi. Namun, adakah PAS akan kekalkan pendirian mereka? Sama-sama kita saksikan.
No comments:
Post a Comment