Ikrar pemuda ingin mengucapkan Terima Kasih PM!! Dengan harga rumah yang semakin tinggi terutama di Negeri Selangor dan lembah Klang, Skim Rumah Pertama untuk keluarga muda amatlah dialu-alu kan.
Di Selangor, kerajaan negeri langsung tidak ambil peduli akan hal ini, bahkan, harga rumah yang semakin meningkat naik, tidak langsung dipandang sebagai membebankan rakyat. Mungkin alasan bahawa kos pembinaan rumah meningkat, namun kerajaan negeri Selangor sepatutnya memandang jauh ke hadapan dengan mengenalpasti apakah rakyat Selangor terutamanya pasangan muda mampu untuk memiliki rumah? Mereka nampaknya lebih memikirkan keuntungan apabila syarikat-syarikat perumahan di lembah kelang berlumba-lumba membina rumah. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat (baharu) di kawasan Parlimen Puchong paling murah sekarang adalan di atas paras RM300, 000. Bagaimana pasangan muda ini yang rata-rata berpendapatan bawah dari RM3000 ingin memiliki rumah?. Kalau pon ada, mungkin mereka boleh cuba untuk membeli apartment namun, harganya juga bukan murah, paling kurang RM 150, 000? Agak keterlaluan bagi pasangan yang berpendapatan bawah dari RM3000 kalau terpaksa membeli sebuah apartment 3 bilik dengan harga sebegitu.
Bukan sahaja orang Melayu, bahkan pasangan muda dari kaum lain juga tidak mampu membeli rumah semahal ini! Walaupon begitu, rumah-rumah sebegini amat laris, cuma, siapa pembeli nya? Sudah barang tentu ia dibeli oleh orang yang sudah pon sedia kaya dan mampu memiliki lebih dari satu rumah. Adakah ini prinsip keadilan untuk rakyat Selangor?
Jadi, atas sebab itu, pasangan-pasangan muda mungkin terpaksa menyewa rumah untuk beberapa tahun lagi. Dan jika pon mereka mampu untuk membeli rumah, rumah baharu yang mampu sudah pasti jauh dari kawasan Parlimen Puchong, mungkin di Mantin, Nilai, mahupun di Dengkil dan Pajam yang bakal memaksa mereka untuk menempuh perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja mereka.
Jika tidak bermula awal, sampai bila pasangan-pasangan ini mampu membeli rumah? Sedangkan harga rumah dan hartanah semakin meningkat. Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim sibuk untuk membuat sambutan 3 tahun pemerintahan mereka sedangkan masalah rakyat masih belum diselesaikan. Ya, memang air percuma adalah antara sumbangan mereka, tetapi itu bukanlah masalah sebenar rakyat. Yang peliknya, apabila Syabas mengadakan Tabung Budi untuk membantu rakyat yang tiada bekalan air kenapa Khalid marah? Jadi dimanakah kejujuran Tan Sri Khalid dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat?
Baru-baru ini Tan Sri Khalid baru sahaja melancarkan buku jingga. Buku jingga ini adalah kononnya pelan pentadbiran mereka jika mereka menang Pilihanraya Umum akan datang. Sedangkan, sekarang ini Khalid sedang di tampuk kuasa negeri, kenapa abaikan masalah rakyat? Di samping itu, kenapa mahu menghabiskan wang rakyat dengan pelancaran tersebut dan sambutan 3 tahun pemerintahan? Tak ramai kelibat rakyat yang hadir dalam majlis itu walaupon majlis itu ditampung kerajaan negeri Selangor. Tidakkah ini namanya pembaziran?
Pakatan Rakyat hanyalah gabungan tidak formal yang bila-bila sahaja boleh terlerai. Apa tah lagi dengan parti DAP dan PKR yang dominan, membuatkan PAS terkial-kial terpaksa mengikut mereka untuk melempiaskan nafsu politik mereka. Sehingga kan kemaslahatan rakyat sebenar terabai dan hanya dipandang sepi.
Apa pon sekali lagi, syabas buat PM, Dato Seri Najib di atas skim ini.
No comments:
Post a Comment