Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, March 25, 2011

Anwar liabiliti kepada Pakatan Rakyat.

"pap!"..ayoyo kadawaley..awat aku jadi liabiliti pulakkk...

Sejak dari dulu, memang Anwar sentiasa menjadi tumpuan dalam beberapa pendedahan mengenai perilakunya yang luar biasa. Sejak dari 1998 kes yang melibakan jenayah seksual (liwat dan persetubuhan haram) sentiasa menjadi bahan dalam perilaku Anwar. Akibat dari itu, Anwar bijak memanipulasi dengan meletakkannya sebagai mangsa untuk menimbulkan rasa simpati di kalangan rakyat.

Pada 1998, kes mahkamah telah membuat keputusan bahawa, Anwar sememangnya terlibat dalam kegiatan liwat, tetapi Anwar telah dijatuhkan hukuman di atas kesalaha salah guna kuasa. Namun, sebilangan rakyat masih tidak percaya dan Anwar masih berjaya dalam menimbulkan rasa simpat. Cuma pada 2004, isu itu menjadi senyap kerana Anwar di penjara dan pertukaran kepimpinan dari Tun M ke Pak Lah, menyebabkan mood pengundi menyebelahi BN dengan majoriti yang besar. Namun tidak pada 2008, apabila Anwar telah pon dilepaskan, dan prestasi BN dikritik rakyat. Anwar berjaya menggunakan kelebihannya untuk menawan 5 negeri buat kali pertama dalam sejarah.  Anwar sememang telah berjaya memimpin Pakatan Rakyat dan menjadi tunjang kekuatan dalam kemenangan tersebut. Namun harus diingat, Anwar berjanji macam-macam dan rakyat juga terpesona akibat dari kelemahan BN dan permasalah rakyat terutama melibatkan kenaikan harga barang dan harga minyak berjaya dimanipulasi Anwar.

2009 menyaksikan Anwar sekali lagi terpalit dengan tuduhan kes liwat. Anwar lari ke Kedutaan Turki dengan alasan ada pihak mahu membunuhnya. Pada ketika itu, sentimen Anwar menjadi mangsa keadaan masih lagi menjadi suapan kepada rakyat. Oleh kerana bukti yang tidak nampak pada rakyat, (tidak seperti bukti video Chua Soi Lek), masih ramai rakyat yang tidak mempercayainya, dan ia juga menjadi kekuatan kepada Anwar untuk meraih sokongan. 


Tahun 2011 pula menyaksikan Anwar terpalit dengan skandal seks pula. Kali ini bukti bervideo telah dikemukakan oleh beberapa 3 orang yang bergelar Dato T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Eskay dan Dato Shuaib Lazim. Anwar bingkas menafikan video tersebut (tanpa melihatnya) dan seorang ahli Parlimen PKR, Dato Johari Abdul telah menyaksikan video tersebut namun menafikan orang di dalam video itu Anwar, dan menuduh  Dato T cuba membeli dia dan ahli-ahli Parlimen. Rahim Thamby Chik menafikan dakwaan dia cuba membeli Datuk Johari dan menegaskan bahawa ini adalah untuk kebenaran dalam memberitahu perilaku sebenar Ketua Pembangkang tersebut.

harga minyak 2004-2008

Apa yang menggemparkan sekarang ialah Tan Sri Rahim mencadangkan bahawa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengesahkan kebenaran Video itu dan menjemput wakil dari semua parti politik tak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang. Cadangan ini dikatakan perlu demi ketelusan suruhanjaya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh kerana jemputan ini, maka Anwar sekarang menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Jika suruhanjaya wujud dan dapat membuktikan bahawa memang Anwar terlibat, bukan sahaja Anwar, bahkan masa depan politik dari semua parti pembangkang, DAP, PAS dan PKR akan menjadi gelap. Lebih-lebih lagi dikhabarkan pilihanraya Umum ke 14 akan hadir tak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages