Kadang-kadang kesian jugak tengok PAS ni. Konon sepakat dalam Pakatan Rakyat tapi sebenarnya sentiasa sahaja diperbodoh-bodohkan oleh rakan-rakannya di dalam Pakatan. Dengar-dengar calon Pakatan Haram yang akan bertanding di Merlimau ialah dari PAS. Walaopon ada desas-desus mengatakan bahawa PKR mahu bertanding, tetapi akhirnya PAS juga akan dikudakan di sana.
Sama seperti di DUN Tenang, Merlimau merupakan kubu kuat BN. Bukan mendabik dada, tetapi ia berdasarkan fakta.
Pada tahun PRU 2004, BN menang dengan majoriti besar sebanyak 5,087 undi menewaskan calon dari PKR. Manakala pada PRU 2008, BN sekali lagi menang dengan undi sebanyak 2,154. Majoriti pada 2008 itu menurun disebabkan sentimen yang tidak baik oleh rakyat terhadap BN waktu itu yang menyaksikan BN tewas di 5 negeri.
Kini, semuanya sudah berbeza. Berdasarkan beberapa PRK yang terkini, BN terutamanya UMNO nampaknya kembali memenangi PRK berturut-turut iaitu di Bagan Pinang, Hulu Selangor dan terbaru di Tenang. Agak ralat apabila MCA tewas di PRK Sibu dengan DAP. Namun, apa yang dapat dilihat ialah, UMNO sudah kembali mendapat sokongan orang Melayu dan juga India. Rata-rata pengundi dari kaum Cina masih condong kepada Pakatan.
Cuba lihat statistik jumlah pengundi di Merlimau:
Pengundi Melayu merangkumi kelompok terbesar di DUN Merlimau iaitu sebanyak 64.69% diikuti pula dengan kaum Cina sebanyak 21.11%. India dan kaum-kaum lain masing-masing membentuk 14.16% dan 0.04%. Ini bermakna UMNO mempunyai peluang besar untuk menang berdasarkan sokongan pengundi Melayu yang sudah condong ke arah UMNO ketika ini.
Sudah jelas sebabnya kenapa PKR tidak mahu bertanding di PRK Merlimau, dan DAP sememangnya bukan parti favorite untuk berlawan dengan UMNO di Merlimau berdasarkan peratusan pengundi Cina yg rendah.
Jadi seperti di Tenang, PAS sekali lagi akan dikambing hitam kan oleh Anwar untuk bertanding di Merlimau. Jelas PAS bukanlah satu parti dominan dalam Pakatan. Mereka hanya menjadi pak turut kepada kehendak Anwar dan DAP. Sejak menjadi rakan dalam Pakatan, slogan negara Islam telah lama hilang dari perjuangan PAS, manakala hukum hudud langsung tidak kedengaran. Semuanya sanggup PAS lupakan demi menjaga perhubungan dengan tuan mereka itu.
Begitulah PAS dalam Pakatan Rakyat. Senang diperkotak-katik oleh Anwar dan DAP dalam menyelamatkan maruah Pakatan Haram itu. Beritahu apa yang PAS tak buat untuk DAP dan Anwar?Demonstrasi?Baring atas jalan untuk derhaka pada Sultan?Sembahyang mayat pakai lilin? Relakan ayat Quran dipermainkan kafir? Merelakan penggunaan kalimah Allah oleh kafir? Kalau nak senarai memang sampai besok pon tak habis. Semuanya sudah menjadi makanan bagi PAS demi untuk meletakkan diri mereka setaraf parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment