Tuesday, June 29, 2010

Anwar untuk Kyrgyztan




Huh??!!Kenapa tak Anwar??Anwar lah paling layak untuk kendalikan kes ini. Lihat resume Anwar:

1. Ahli International Crisis Group

2. Bersohabat dengan Paul Wolfowitz (bekas timbalan setiausaha pertahanan US)

3. Bersohabat dengan Al-Gore (bekas naib presiden US - yg sekarang baru je cerai dgn bini dan dituduh buat serangan seksual kpd seorang tukang urut wanita)

4. Telah diiktiraf suci dan bersih oleh Mursyidul Am PAS - Nik Aziz (dia ni sape nak gitau org tu suci ke tak?)

Kenapa Tun Mahathir??Bukankah Tun M adalah MahaFiraun seperti yang dikatakan oleh segelintir orang2 PAS?Eh kenapa plak tak panggil Nik Aziz?Haji Hadi pon apa kurangnya??

Apa pon..jika..jika la..kalau Tun Mahathir tak dapat nak jadi orang tengah krisis di Kygyztan, kami di Ikrar Pemuda ingin mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai orang tengah untuk menyelesaikan krisis di Kyrgyztan..atas "kredibiliti" dan pertalian-pertaliannya dengan nama-nama "besar" dalam urusan politik dunia. Dalam website International Crisis Group ada menyebutkan tentang Anwar

"He is an internationally renowned speaker on the subjects of democracy,
freedom, governance, Islam and democracy and the need for
accountability. He resides in Washington, D.C. and Malaysia with his
wife and six children."


kami rasa cadangan kami tak salah lah kot??

Thursday, June 24, 2010

PKR Selangor bakal runtuh??Pakatan melingkup? Bahagian 2


Negeri Selangor di ambang kucar-kacir sekarang ni. Baru sahaja gembar-gembur UMNO Selangor dikritik hebat, tiba pula cerita kerajaan Selangor Pakatan Rakyat lagi teruk. Masalah ditimbul oleh parti ape lagi..parti PKR la..Menurut laporan The Star, sekarang ada 2 kumpulan dalam kalangan ADUN2 PKR di Selangor, satu yg sokong Khalid gagap, yg kedua yg berbulu dengan Khalid Gagap.

“We cannot tolerate Khalid any more and want him removed,” said one of the MPs who declined to be named.
“We will reject all positions offered to us by the state’s government linked companies and won’t have anything to do with the Selangor government until Khalid is removed,’’ he added."

Team yg berbulu dengan Khalid Gagap diketuai oleh Azmin Ali yg memang dari dulu tak boleh bertentang mata dengan si gagap. Azmin Ali dengan tanda protes telah pon meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS..ait?? katanya PKNS tengah naik takkan nak letak jawatan kot??Satu tanda lagi ialah apabila S/U Khalid iaitu Nik Nazmi telah digantikan dengan seorang wanita belum berkahwin bernama Faekah. Faekah dikatakan telah di"hand-picked" oleh Khalid sendiri dan bukan dari pimpinan PKR.

Entahlah..malas betol nak cerita lebih2 rumah tanga orang ni..tu la..dulu sebok sangat kacau rumahtangga lain. Mengata macam2, dan puji yg rumah tangga dia bagus belaka. Nah sekarang amik ubat. Dah la negeri Selangor tengah macam2 masalah: curi pasir, defisit belanjawan, PBT tak terurus (sbg contoh, kutipan sampah pon sekarang dikhabarkan tidak teratur di sesetengah PBT di Selangor). Pada kami, inilah balasan yg agaknya mereka terima akibat perbuatan mereka sendiri yg gilakan kuasa dan sanggup melacurkan perjuangan bangsa dan agama demi kepentingan jawatan dan kuasa. Allah Maha Berkuasa..

Tuesday, June 22, 2010

UMNO Selangor Sedia Berubah!!


Kebelakangan ini, UMNO Selangor menerima tamparan hebat gara-gara dikritik hebat di alam siber oleh blogger-blogger pro-UMNO sendiri. Kritikan diterima kerana UMNO Selangor dikatakan lemah, dan lesu, walaupon kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor juga lemah, lesu dan tidak boleh diharap.

Walaubagaimanapun, UMNO harus melihat kritikan ini dari sudut pandang yang lain. Kritikan adalah lumrah dalam perjalanan untuk untuk menjadi pemimpin yang hebat. Dr Mahathir dikritik dengan cara yang paling tak masuk akal pun. Tetapi adakah ia mampu menjatuhkannya? Tidak. Kerana kritikan itu ternyata tiada kebenarannya, sebaliknya kritikan itu lah yang memberikan keazaman yang kuat kepada beliau untuk membuktikan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah tidak benar.

UMNO Selangor seharusnya melihat segala kritikan ini sebagai 'wake up call' - dan inilah yang sedang dituntut oleh blogger - memandangkan pru semakin dekat.

Andainya tindakan provokasi dibalas dengan provokasi maka, konflik akan muncul. Sebarang konflik sesama sendiri bukanlah sesuatu yang bijak dari segi politiknya - malah blogger perlu dilihat sebagai rakan, sebagai salah satu unit pejuang umno yang bersama-sama dengan umno - biar pun, kemungkinan blogger dipergunakan oleh anasir kurang sihat tetap ada. Namun ia bukanlah masalah bagi seorang pemimpin rakyat.

Ada dikalangan kita yang berkata "Seorang pemain hebat bolasepak pun tidak boleh mmbawa kemenangan kpd pasukan skiranya tidak dpt kerjasama drpd pasukannya." Kenyataannya itu memang benar, tetapi bagaimana pula jika analogi diubahsuai sebegini:

"Bagaimana mungkin, jika dalam satu perlawanan bolasepak, hanya strikernya bermain bermatian untuk menjaringkan gol, sedangkan midfielder dan defender asyik terlena akhirnya lawan asyik menjaringkan gol? Salahkah bila striker mula bersuara?"

Maka benarlah, satu pasukan yang berjaya, memerlukan semua ahli bergerak dalam unit-unit yang tersusun, terancang, dan penuh strategi.

Menjawab tuduhan dengan tuduhan, umpama memadamkan api dengan minyak tanah. Bukankah api yang marak pun adakalanya berguna kepada manusia jika dapat diguna dengan cara yang betul - ironinya, tanpa api manusia akan terus menjadi lembab dan sembab, sebab tiada apa lagi yang harus dikejar dan diperjuangkan.

Kritikan dan sikap menyalah orang lain akan sentiasa wujud selagi kita bernama manusia, persoalan asasnya bagaimana kita menanganinya. Stalin dan Hitler menangani segala kritikan terhadapnya dengan cara memenjarakan dan membunuh pengkritiknya. Mahathir menjawab kritikan dengan keazaman & membuktikan pengkritiknya salah. Anuar ibrahim menjawab kritikan dengan menyerang peribadi pengkritiknya dengan kata-kata. Chua Soi Lek menjawab kritikan dengan mengakui akan kelemahan dirinya. Khir Toyo pula menjawab kritikan dengan menunjukkan keinsafan dirinya.

Menjadi pemimpin bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masalahnya bila sorang sedang memikul sepuluh orang pula jadi tukang jolok. Watak si kitol dan raja madeliar akan terus wujud dalam sejarah melayu sebagaimana mereka memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan melayu Melaka.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tapi yang jadi sebaliknya, "ringan biar aku yang jinjing, berat kau pikul la sorang-sorang, aku jadi tukang gelak, dah lembik aku terajang". Bilamana sikap sebegini berakar menjadi satu budaya, maka mengubahnya bukanlah mudah - ditambah pula dengan wujudnya masyarakat yang semakin kompleks - dimana benchmark nya bagai mengapai awan dilangit. Memenuhi keperluan spesifikasi pemain solitare atau pacman hanya memerlukan 486sx atau dx, tetapi orang sekarang mana nak pandang solitare - command & conquer pun orang dah tak main. Lain lah kita yang hampir nak jadi bangka ni, tu pun nostalgia sebagai alasan.

Mungkin UMNO Selangor juga membuat kerja. Tapi kerjanya mungkin kurang kemas dan tiada liputan, koordinasinya kurang tersusun, dan mungkin strateginya kurang ampuh, hasilnya kurang umppph! Belum sampai ke tahap wow! Bagaimana striker nak menyerang, bilamana midfielder asyik bertekak dengan winger. Patutnya usah dikira siapa yang patut passing bola kat striker, janji gol. Tapi dalam dunia serba canggih manggih ini, cara mana orang politik berfikir juga semakin pelik. Sepak terajangnya juga lain macam. Bola kat depan hanya dipandang, kawan nak sepak, disepaknya pula kaki kawan tu. Mungkin terpengaruh dengan gaya Stephen Chow - hakikatnya dalam Shoalin Soccer, Stepen Chow pun tidak sepak kaki kawan.

Perubahan sememangnya dituntut dari segenap peringkat umno baik perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian dan cawangan. Maharaja Chin Wang - maharaja China yang pertama - pernah kalah, dalam misinya membentuk empayar cina, lantaran memilih seorang panglima muda dalam mengetuai serangan. Tenaga orang muda sangat diperlukan dalam peperangan, namun adakalanya orang muda boleh bersikap terlalu idealis lantaran pengalaman orang lama sebagai pengimbang tara lebih diperlukan. Noh Omar, Satim Diman, adalah tokoh umno selangor yang berpengalaman dalam politik selangor, justeru menyisihkan mereka, seumpama memulakan satu perjalanan yang jauh dengan bermula dengan kilometer sifar - sedangkan mereka telah pun berada dipertengahan jalan - lantaran itu ia bukanlah tindakan yang bijak.

Percayalah umno belum mati dan segala kritikan yang dilemparkan bukanlah tanda tamatnya perlawanan. Masih ada sinar dihujung lorong yang samar. Setiap peringkat perlu berganding bahu, mengerah kudrat dan keringat untuk mempertahankan sisa perjuangan yang masih berbaki. Masih belum terlambat untuk umno mengorak langkah menyusun strategi, sebabnya permainan sebenarnya baru bermula untuk separuh masa yang kedua! Persoalannya bukan lagi mahu menang ke tidak? Tapi sanggup ke tidak untuk bersatu dan bersetia berganding bahu, untuk mendokong hasrat seluruh rakyat demi perjuangan agama, bangsa dan negara! Jika sanggup, semuanya boleh bak kata pepatah, membujur lalu melintang patah! tak cukup senapang patah, senapang gajah kita usahakan....

• Team Ikrar Pemuda UMNO Bahagian Puchong •

Sunday, June 20, 2010

Dato Satim: Amanat dan saranan kepada orang Melayu di Selangor


Dato Satim adalah seorang yang begitu berpengalaman dalam politik khususnya di Selangor. Kedengaran beberapa blogger dan komentar-komentar di dalamnya yang menghentam pemimpin ini amat lah menggemparkan alam politik di Selangor, khususnya di dalam kem UMNO Selangor. Kritikan-kritikan dan celaan amatlah biasa dalam arena politik, namun itu bukanlah satu noktah kepada dia untuk terus berjuang dan memperjelas agenda politik UMNO dan Barisan Nasional. Mari kita dengar nasihat serta saranan Dato Satim kepada orang Melayu di Selangor ini.




PAS: tiada prinsip, lalang, lemah, dan sesat..


bakal Mursyidul PAS yang baru..

Masya Allah...apa nak jadi la dengan PAS ni...cuba baca ni..



"Ketika membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pengkalan Chepa pagi ini, Deepakaran berkata pihaknya berharap PAS terus menjamin hak bukan Islam seperti sunah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.

"Nabi Muhammad minta dijamin hak orang Islam bila sebarkan Islam di Mekah dan Madinah. Dengan itu, saya harap pemimpin PAS berani mencari ruang bagi mengubah senario politik akan datang.

"Takbir!" katanya disambut laungan "Allahu Akbar", tepukan serta sedikit ketawa kecil daripada kira-kira 1,500 perwakilan dan pemerhati."


Kafir suroh takbir, perwakilan PAS pon laungkan takbir sambil ketawa??apa dia ingat nama Allah tu nama mak bapak dia ke??Astaghfirullahalazim...PAS nampak sangat dah menyimpang jauh dari perjuangan asal..dulu konon kata nak tegakkan negara Islam..tp sekarang ni dah lain..pendek kata..yg mereka inginkan hanyalah kuasa..

Untuk mendapatkan kuasa, mereka meniupkan api kebencian kepada saudara seagama mereka..relakan bersahabat dengan puak yang terang-terang menentang agenda utama parti mereka..nama Allah dibiarkan dipermain-mainkan oleh orang kafir..semoga mereka (jika tidak bertaubat) mendapat balasan yang setimpal dari Allah...

PAS sekarang bukanlah parti yang memperjuangkan Islam. Lihat sahaja di Selangor, contohnya..PAS hanyalah tahu melantik jawatankuasa masjid dan surau..itu pon atas alasan untuk kuasa poliitik..Selebihnya??Isu penggunaan nama Allah oleh orang kafir langsung tidak dihirau oleh PAS, malah ahli Parlimen PAS (shah Alam) khalid gereja samad menyokong sepenuhnya...sok kalau anak dia dipesongkan ke ajaran lain baru dia tau..



Tak malu bawak bendera Palestin konon...apsal tak pergi terus Palestin nu?

Cuba bayangkan, hanya dengan isu nama Allah ini sahaja PAS tidak mampu untuk membuat apa-apa...apa tah lagi isu yang lebih besar??Palestin??PAS hanya tahu bawak bendera Palestin dan berbaring di atas jalan raya menghalang kenderaan di raja Perak, hanya kerana Nizar dilucutkan jawatan MB perak...sedangkan Tun Mahathir yang sering mereka label sebagai MahaFiraun lah yang mengepalai Perdana Global Peace Foundation yg merencana rombongan ke Palestin baru2 ini yg dihalang Yahudi rakan Anwar. Tun Mahathir tak pernah dilabel sebagai Mursyidul atau ape pon...tak pernah pon nak dipanggil Tuan Guru atau Pak Sheikh atau ape..kalau Israel tak tahan bot Mavi Marvara dan Rachel Corrie haritu mungkin ramai lagi yang tak tahu yg Tun Mahathir mengepalai Perdana Global Peace Organization yang sering membantu Palestin.

Rakyat Malaysia ramai yang bijak pandai...sepatutnya pandai menilai mana kaca, mana intan...jangan hanya nilai dari luaran sahaja..nilai lah isinya sekali. Ternyata, PAS hanya disolek dengan pakaian Islam, tetapi di dalam, hanya penuh dengan keinginan untuk kuasa, dan pakaian Islam akan ditanggal satu persatu bila kuasa sudah mereka gapai.

Thursday, June 17, 2010

Dato Satim: Pejuang UMNO bahagian Puchong yang sejati..


Semenjak dua menjak ni bergegar-gegar beberapa blog yg kununnya pro-umno menghentam UMNO selangor. Salah seorang yang diserang ialah ADUN Puchong, Dato Dr Mohd Satim Diman. Macam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya..tak turun padang, selalu main golf dan sebagainya. Manakala di ruangan komen ada lagi yang membantainya macam-macam termasuklah ada yang nak kan jawatan di peringkat bahagian, tak pernah nampak muka dan ada yang suka apabila Dato Satim dikatakan mahu letak semua jawatannya (maklumla..berselindung di sebalik komputer..berani la nak komen macam2).

Persoalannya ialah, jika dia ingin letak jawatan, apakah untungnya pada UMNO Selangor??Orang seperti Dato Satim sebenarnya merupakan aset kepada UMNO Selangor. Dia punyai banyak pengalaman dari Pemuda hingga ke peringkat kebangsaan. Jatuh bangun dia bersama UMNO, dan tiada sekelumit pon dirinya mahu melompat ke Pakatan Haram atau mana-mana selepas BN kalah di Selangor. Semua calon-calon UMNO di kawasan bandar tewas kecuali Dato Satim walaopon dengan kemenangan tipis. Suka tak suka, sudah 4 penggal beliau jadi ADUN di kawasannya. Bohonglah kalau tak nampak banyak kemajuan di sekitar Puchong, dan Serdang jika kita bandingkan dengan keadaan kawasan2 itu pada awal 90an.

Serangan ke atas UMNO selangor dan khasnya pada Dato Satim dilihat sesuatu yang cuba menggugat kedudukan Dato Satim itu sendiri, walaopon kononnya mereka-mereka ini katanya ingin menyedarkan UMNO selangor untuk bangkit. Yang tidak lojiknya ialah, seolah-olah mereka ini mahukan UMNO bekerja sepertimana dulu bile UMNO memerintah Selangor, padahal sekarang UMNO adalah pembangkang. Bila jadi pembangkang, fahamkah mereka-mereka ini bahawa sumber-sumber dan dana-dana pasti berkurangan?? Takkan nak turun padang jumpa rakyat setakat amik gambar je dan publish di facebook? Ada masanya, biarkanlah rakyat lihat akan kebodohan dan kedangkalan Pakatan Rakyat memerintah Selangor kerana itu pilihan mereka. Namun di sebalik itu juga, nasib rakyat di Selangor dan Serdang dan Puchong masih tetap di bela, rakyat tetap kami utamakan. UMNO Bahagian Puchong masih lagi aktif membantu rakyat.

Jika pun ingin menyadarkan UMNO, haruskah cerita-cerita yang memalukan mereka dikeluarkan (benar atau tidak entahlah), ayat caci-maki dikeluarkan. Tiadakah jasa lagi orang2 UMNO selangor seperti Dato Satim ini kepada rakyat Selangor dan Puchong dan juga Serdang khasnya?

Kepada penulis-penulis seperti ini, menyerang dan mengata adalah kerja paling senang dibuat..sama je macam Pakatan Rakyat. Tapi bila dah pegang kerajaan negeri, Selangor pon dah naik hancur. Macam tu la jugak dengan penulis-penulis blog ini. Mereka cuba membina persepsi buruk ke atas pemimpin2 UMNO Selangor ini, supaya ada orang2 baru dapat naik. Maklumla, yang mengetuai UMNO dan BN selangor adalah Dato Seri Najib, PM kita. Tindakan seperti ini bakal memecah belahkan UMNO Selangor dan seterusnya melemahkan lagi UMNO.

Kalau diikutkan dari 1999 lagi Dato Satim ni hendak letak jawatan, tapi tak letak-letak jugak. Tapi blogger-blogger yang dok serang dia dah naik syok bila dengar2 Dato Satim nak letak jawatan...nampak sangat informer-informer tu tak la berapa nak terror..

Tapi jika pun benar Dato Satim ingin meletak jawatan semua sekali gus, mungkin ada bagusnya. Bolehlah kita tengok blogger-blogger yang bijak pandai ni berjuang untuk calun bukan Melayu untuk menang di DUN Seri Serdang kerana sekarang ini DUN Seri Serdang dah ada lebih dari 50% pengundi bukan Melayu. Trend pengundi bukan Melayu pon memang sedang swing kepada DAP dan Pakatan Rakyat..amacam?