Kebelakangan ini, UMNO Selangor menerima tamparan hebat gara-gara dikritik hebat di alam siber oleh blogger-blogger pro-UMNO sendiri. Kritikan diterima kerana UMNO Selangor dikatakan lemah, dan lesu, walaupon kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor juga lemah, lesu dan tidak boleh diharap.
Walaubagaimanapun, UMNO harus melihat kritikan ini dari sudut pandang yang lain. Kritikan adalah lumrah dalam perjalanan untuk untuk menjadi pemimpin yang hebat. Dr Mahathir dikritik dengan cara yang paling tak masuk akal pun. Tetapi adakah ia mampu menjatuhkannya? Tidak. Kerana kritikan itu ternyata tiada kebenarannya, sebaliknya kritikan itu lah yang memberikan keazaman yang kuat kepada beliau untuk membuktikan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah tidak benar.
UMNO Selangor seharusnya melihat segala kritikan ini sebagai 'wake up call' - dan inilah yang sedang dituntut oleh blogger - memandangkan pru semakin dekat.
Andainya tindakan provokasi dibalas dengan provokasi maka, konflik akan muncul. Sebarang konflik sesama sendiri bukanlah sesuatu yang bijak dari segi politiknya - malah blogger perlu dilihat sebagai rakan, sebagai salah satu unit pejuang umno yang bersama-sama dengan umno - biar pun, kemungkinan blogger dipergunakan oleh anasir kurang sihat tetap ada. Namun ia bukanlah masalah bagi seorang pemimpin rakyat.
Ada dikalangan kita yang berkata "Seorang pemain hebat bolasepak pun tidak boleh mmbawa kemenangan kpd pasukan skiranya tidak dpt kerjasama drpd pasukannya." Kenyataannya itu memang benar, tetapi bagaimana pula jika analogi diubahsuai sebegini:
"Bagaimana mungkin, jika dalam satu perlawanan bolasepak, hanya strikernya bermain bermatian untuk menjaringkan gol, sedangkan midfielder dan defender asyik terlena akhirnya lawan asyik menjaringkan gol? Salahkah bila striker mula bersuara?"
Maka benarlah, satu pasukan yang berjaya, memerlukan semua ahli bergerak dalam unit-unit yang tersusun, terancang, dan penuh strategi.
Menjawab tuduhan dengan tuduhan, umpama memadamkan api dengan minyak tanah. Bukankah api yang marak pun adakalanya berguna kepada manusia jika dapat diguna dengan cara yang betul - ironinya, tanpa api manusia akan terus menjadi lembab dan sembab, sebab tiada apa lagi yang harus dikejar dan diperjuangkan.
Kritikan dan sikap menyalah orang lain akan sentiasa wujud selagi kita bernama manusia, persoalan asasnya bagaimana kita menanganinya. Stalin dan Hitler menangani segala kritikan terhadapnya dengan cara memenjarakan dan membunuh pengkritiknya. Mahathir menjawab kritikan dengan keazaman & membuktikan pengkritiknya salah. Anuar ibrahim menjawab kritikan dengan menyerang peribadi pengkritiknya dengan kata-kata. Chua Soi Lek menjawab kritikan dengan mengakui akan kelemahan dirinya. Khir Toyo pula menjawab kritikan dengan menunjukkan keinsafan dirinya.
Menjadi pemimpin bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Masalahnya bila sorang sedang memikul sepuluh orang pula jadi tukang jolok. Watak si kitol dan raja madeliar akan terus wujud dalam sejarah melayu sebagaimana mereka memainkan peranan dalam menjatuhkan kerajaan melayu Melaka.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tapi yang jadi sebaliknya, "ringan biar aku yang jinjing, berat kau pikul la sorang-sorang, aku jadi tukang gelak, dah lembik aku terajang". Bilamana sikap sebegini berakar menjadi satu budaya, maka mengubahnya bukanlah mudah - ditambah pula dengan wujudnya masyarakat yang semakin kompleks - dimana benchmark nya bagai mengapai awan dilangit. Memenuhi keperluan spesifikasi pemain solitare atau pacman hanya memerlukan 486sx atau dx, tetapi orang sekarang mana nak pandang solitare - command & conquer pun orang dah tak main. Lain lah kita yang hampir nak jadi bangka ni, tu pun nostalgia sebagai alasan.
Mungkin UMNO Selangor juga membuat kerja. Tapi kerjanya mungkin kurang kemas dan tiada liputan, koordinasinya kurang tersusun, dan mungkin strateginya kurang ampuh, hasilnya kurang umppph! Belum sampai ke tahap wow! Bagaimana striker nak menyerang, bilamana midfielder asyik bertekak dengan winger. Patutnya usah dikira siapa yang patut passing bola kat striker, janji gol. Tapi dalam dunia serba canggih manggih ini, cara mana orang politik berfikir juga semakin pelik. Sepak terajangnya juga lain macam. Bola kat depan hanya dipandang, kawan nak sepak, disepaknya pula kaki kawan tu. Mungkin terpengaruh dengan gaya Stephen Chow - hakikatnya dalam Shoalin Soccer, Stepen Chow pun tidak sepak kaki kawan.
Perubahan sememangnya dituntut dari segenap peringkat umno baik perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian dan cawangan. Maharaja Chin Wang - maharaja China yang pertama - pernah kalah, dalam misinya membentuk empayar cina, lantaran memilih seorang panglima muda dalam mengetuai serangan. Tenaga orang muda sangat diperlukan dalam peperangan, namun adakalanya orang muda boleh bersikap terlalu idealis lantaran pengalaman orang lama sebagai pengimbang tara lebih diperlukan. Noh Omar, Satim Diman, adalah tokoh umno selangor yang berpengalaman dalam politik selangor, justeru menyisihkan mereka, seumpama memulakan satu perjalanan yang jauh dengan bermula dengan kilometer sifar - sedangkan mereka telah pun berada dipertengahan jalan - lantaran itu ia bukanlah tindakan yang bijak.
Percayalah umno belum mati dan segala kritikan yang dilemparkan bukanlah tanda tamatnya perlawanan. Masih ada sinar dihujung lorong yang samar. Setiap peringkat perlu berganding bahu, mengerah kudrat dan keringat untuk mempertahankan sisa perjuangan yang masih berbaki. Masih belum terlambat untuk umno mengorak langkah menyusun strategi, sebabnya permainan sebenarnya baru bermula untuk separuh masa yang kedua! Persoalannya bukan lagi mahu menang ke tidak? Tapi sanggup ke tidak untuk bersatu dan bersetia berganding bahu, untuk mendokong hasrat seluruh rakyat demi perjuangan agama, bangsa dan negara! Jika sanggup, semuanya boleh bak kata pepatah, membujur lalu melintang patah! tak cukup senapang patah, senapang gajah kita usahakan....
• Team Ikrar Pemuda UMNO Bahagian Puchong •
No comments:
Post a Comment