Bapak punya besar punya kamera..Spy mana yg pakai tu?Spy Baba kot?
Hampir setiap minggu ada saje berita yg tak kena berkenaan dengan Pakatan Haram di Selangor. Terdahulu, Khalid Ibrahim terjumpa sebuah kamera yg dikatakan digunakan untuk mengintip aktiviti-aktivitinya di pejabat. Kemudian dia katakan bahawa, dia akan melihat dulu rakaman tersebut, dan jika perlu, dia akan buat laporan polis. Sekarang dah seminggu dah, apa yg dia dah buat? Laporan polis takde..laporan hasil siasatan dia sendiri pon takde. Apa punya lawak la Menteri Besar sorang ni?Mana ketelusannya?
Ingat buat sidang akhbar orang boleh kena tipu ke? (Imej dari Malaysian Insider)
Minggu lepas juga kecoh berkenaan dengan penggunaan kepala surat oleh seorang ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock. Tee Boon Hock juga merupakan pembantu kepada Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu. Mula-mula The Star buat laporan, kemudian dinafikan ahli Majlis terbabit dalam sebuah sidang akhbar. Kemudian DAP plak buat siasatan dan terus memecat Boon Hock. Selang seminggu, Khalid Ibrahim pula kemudian memecat dari jawatan ahli Majlis Perbandaran Klang. Aihh??semua main siasatan sendiri je ke?Mana ketelusan?kalau dia buat salah pada parti sahaja tak pelah...masalahnya, ia melibatkan wang rakyat negeri Selangor!!Lagi sekali, mana ketelusannya?Yang paling pelik...guna kepala surat Ronnie Liu je boleh dapat projek ke??Besar betol pengaruh Ronnie ni??
Memang sekarang negeri Selangor dah ada macam-macam perkara pelik dalam pentadbirannya. Rakyat haruslah menilai dengan bijak hal-hal sebegini. Begitu rakus dan sewenang-wenang mereka mempermainkan fikiran rakyat dengan cuba menyembunyikan sesuatu dari mata rakyat. Ketelusan bukanlah cara mereka mentadbir, tetapi itu hanya retorik semata-mata.
No comments:
Post a Comment