Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, August 10, 2010

Adakah Khalid Ibrahim cuba menipu?atau biaDAP?

Image: Malay Mail
Prestasi pakatan haram di Selangor semakin teruk. Apa yang mereka laung-laungkan dalam ceramah hanyalah retorik semata-mata.Nepotisme, kronisme, ketidakupayaan mentadbir negeri semakin terserlah di mata rakyat.

Pesta Muzik Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapat sambutan langsung. Pesta Muzik yang berbayar ini dikatakan dikepalai oleh Elizabeth Wong. Laporan juga mengatakan bahawa syarikat bukan Islam dipilih untuk menganjurkan aktiviti Islamiah ini. Lebih teruk apabila kehadiran Tuanku Permaisuri Agong tidak disambut dengan sebetulnya..Ketiadaan ramai Exco-exco termasuk menteri besar amat-amatlah menghairankan walaupon Tuanku permaisuri hadir ke majlis tersebut..Sultan Selangor juga tidak diberitahu akan kehadiran Tuanku Permaisuri...

Dalam laporan Malay Mail, Khalid Ibrahim dengan mudah mengatakan bahawa kes ini selesai dan kerajaan Negeri Selangor tidak perlu minta maaf pada Tuanku Permaisuri. Ini kerana Tuanku Permaisuri datang atas kapasiti sendiri bukan atas jemputan kerajaan Negeri (Malay Mail 5 Ogos 2010).

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa, kehadiran Tuanku Permaisuri adalah atas jemputan penganjur (Malay Mail 8 Ogos 2010).

Padahal, mengikut laporan, Khalid pon tiada semasa Tuanku Permaisuri hadir ke Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan acara itu. Jadi, siapa beritahu Khalid yang Tuanku hanya datang tanpa jemputan??Permainan apa yang Khalid cuba main?? Permaisuri pon dia nak main-main kan ke?BiaDAP!!!

Ini adalah satu tindakan biadap oleh seorang dikatakan pemimpin Pakatan Haram.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages