Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, July 12, 2010

Selangor Darul Lobang??


Ketika ini Selangor menjadi panas ekoran pendedahan ketua pembangkang Dato Seri Dr Khir Toyo berkenaan dengan aktiviti curi pasir di Selangor yang sudah sampai tahap kronik. Keuntungan yang diperolehi sebanyak Rm 8 juta, setengah daripadanya telah dijadikan bayaran bonus untuk kakitangan Kump. Semesta iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang kononnya menguruskan aktiviti korek pasir di negeri ini. Masalahnya ialah:

1) Hasil korek pasir tidak sampai ke kantung negeri. Mana slogan merakyatkan ekonomi??Mana slogan negeri berkebajikan??

2) Alam sekitar dijahanamkan..ada lobang yang dikorek sehingga 80 meter dalamnya. Kesannya ialah, kawasan ini tidak boleh lagi digunakan untuk dimajukan untuk pembinaan mahupon pertanian. Proses untuk menimbus kembali sudah pasti menggunakan kos yang mahal dan masa yang lama untuk pulih!!

Yang terang lagi bersuluh, apabila ADUN2 BN sepakat ingin bertanya berkenaan kegagalan kerajaan negeri Selangor mengurus pasir hari ini, ADUN BN telah dihalau dari Dewan Undangan Negeri.

Memang Pakatan Rakyat sedang main kotor, habis tanah dirompak demi nak kesenangan. Sedangkan kesannya kepada rakyat dan anak cucu di masa hadapan tidak diambil peduli!! Mari kita sepakat hancurkan Pakatan Haram ini dari mereka menghancurkan lagi negeri Selangor tercinta ini!

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages