Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, July 16, 2010

Demokrasi Sampah!! amalan Pakatan: Cakap Khalid Gagap Hutang RM66 juta, Elaun kena potong


Ini lah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Haram. Sebut pertikai sahaja bagaimana Khalid Gagap berhutang RM66 juta nak jadi Menteri Besar Selangor terus kena potong elaun...demokrasi kepala hotak mereka!!

SHAH ALAM 15 Julai – Setelah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu, kini tiba pula giliran Timbalan Ketua Pembangkang, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman.

Namun, Mohamad Satim tidak dikenakan hukuman yang sama sebaliknya DUN meluluskan memotong elaun khas sebanyak RM1,500 yang diterimanya sebagai ADUN Seri Sedang.

Keputusan itu dibuat setelah semua ADUN daripada kerajaan negeri hari ini bersetuju terhadap usul berkenaan yang dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dibawa dalam sidang DUN negeri ketika sesi perbahasan bajet pada 11 November tahun lalu yang meminta siasatan di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) terhadap Mohamad Satim.

Ini kerana, ketika perbahasan bajet negeri berkenaan, Mohamad Satim menyatakan ketidakupayaan Abdul Khalid membayar pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM66.6 juta untuk membeli 200 juta (20 peratus) saham Kumpulan Guthrie Berhad pada 1998.

Menurut Speaker DUN, Tang Chang Khim dalam sidang akhbar selepas sidang DUN hari ini, meskipun siasatan di bawah JKHK itu membuktikan Mohamad Satim tidak bersalah membuat kenyataan tersebut, bagaimanapun hukuman berkenaan dikenakan hanya kerana kegagalan Mohamad Satim menghadiri sesi pendengaran JKHK yang diadakan sebelum ini.

“Siasatan JKHK mendapati Mohamad Satim tidak bersalah, tetapi oleh kerana beliau tidak menghadiri sesi pendengaran JKHK setelah diminta maka DUN telah memutuskan beliau membayar denda RM1,500 melalui pemotongan elaun khas beliau sebagai ADUN,” katanya di sini hari ini.

November lalu, DUN telah meluluskan usul yang dikemukakan Abdul Khalid supaya Mohamad Satim disiasat oleh jawatankuasa itu ekoran kenyataannya mengenai kesangsian rakyat terhadap Abdul Khalid dalam menguruskan kewangan kerajaan negeri menerusi Bajet Selangor 2010.

Ini kerana, Mohamad Satim didakwa turut mengaitkan kesangsian tersebut dengan ketidakupayaan Abdul Khalid membayar pinjaman BIMB berjumlah RM66.6 juta untuk membeli 20 peratus saham Kumpulan Guthrie Berhad tahun 1998. – Utusan/MediaUMNO

Dah lah terbukti tak bersalah oleh Mahkamah SELCAT yang dipengerusi kan oleh Raja Teng, still kene potong elaun atas alasan tak hadir SELCAT...Tak jadi kudis la!!

Potong la elaun sebanyak mana pon, Pakatan tetap harus dihalau dari Bumi Selangor. Di harap agar Dato Satim dan rakan-rakan BN lain tidak patah semangat..kami Ikrar Pemuda sentiasa menyokong mereka dalam menghancurkan pakatan haram ini. Terbukti yang mereka sekarang sudah panas dengan isu pasir yg dirompak sewenang-wenang di bumi Selangor tercinta ini.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages